Citation
Musa, Hashim and Abdul Aziz, Adi Yasran
(2011)
Undang-undang bagi diri Kerajaan Terengganu 1911: Kuasa raja dan pengaruh Islam dalam sebuah kerajaan Melayu.
Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu (SARI) , 29 (1).
pp. 67-77.
ISSN 0127-2721
Abstract
Undang-Undang bagi diri kerajaan Terengganu (Itqân al-mulûk bi ta‘dîl al-sulûk) bertarikh 11 Zulkaedah 1329 H atau 2 November, 1911 M, merupakan sebuah teks bercetak, ditulis atas perintah Sultan Terengganu Sultan Zainal ‘Abidin III (1881 – 1918). Kandungannya terdiri daripada satu prakata, satu mukadimah, 53 Fasal dan satu Khatimah. Isinya jelas mengandungi pengaruh Islam dalam banyak aspek, manakala mempertahankan adat warisan Melayu dalam beberapa aspek. Undang-Undang ini digubal atas perintah Sultan Terengganu untuk melawan pengaruh kuasa barat yang cuba untuk mendominasi negeri-negeri Melayu khususnya negeri Terengganu pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 Masihi. Artikel ini tidak akan mengupas semua isi kandungan Undang-Undang ini, hanya memfokuskan kepada dua aspek iaitu pengaruh Islam dalam penggubalannya dan kuasa Sultan dalam
pelantikan dan penolakan calon ke jawatan Menteri Besar.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |