UPM Institutional Repository

Penggunaan kata pinjaman Arab dalam bahasa Melayu dan implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab


Citation

Toklubok @ Hajimaming, Pabiyah and Mezah, Che Radiah (2011) Penggunaan kata pinjaman Arab dalam bahasa Melayu dan implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. Jurnal Linguistik, 13. pp. 1-16. ISSN 1823-9242

Abstract

Kata pinjaman bermaksud kata yang dipinjam secara langsung daripada bahasa asing atau kata yang diterjemahkan atau konsep makna yang ditiru daripada kata asing tersebut. Perkataan Arab yang dipinjamkan ke dalam Bahasa Melayu meliputi pelbagai aspek dan menyeluruh dalam kehidupan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkataan Arab yang dipinjam ini telah melalui perubahan dari segi bunyi dan makna. Dari segi bunyi, beberapa perkataan Arab yang dipinjam telah melalui beberapa proses penyesuaian seperti: pengguguran satu daripada dua fonem yang sama, penggantian fonem dengan fonem lain. Dari segi makna pula, didapati berlaku perubahan dalam proses penggunaannya. Di antara perubahannya ialah kata-kata yang dipinjam diberi makna baru sama ada berlainan atau berlawanan. Kata pinjaman itu juga membawa makna yang lebih sempit atau dikhususkan daripada makna asalnya. Perubahan makna yang drastik ini ada kalanya mendatangkan masalah kepada pengguna. Hal ini juga akan menyebabkan pelajar bahasa Arab mengalami kesukaran serta mengganggu kelancaran semasa menggunakannya dalam proses pembelajaran bahasa Arab. Justeru, kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana ketepatan pelajar IPTA menggunakan kata pinjaman Arab ini dalam penulisan bahasa Arab mereka serta mengklasifikasi bentuk penggunaannya. Diharapkan rumusan kajian ini dapat membantu semua pihak yang terlibat sama ada dari pihak pengajar mahu pun pelajar. Dari pihak pengajar, diharapkan hasil kajian ini dapat membantu tenaga pengajar bahasa Arab supaya memberi perhatian dan tumpuan yang lebih kepada pelajar terhadap aspek yang belum dikuasai oleh mereka. Ianya juga dapat membantu tenaga pengajar bahasa Arab untuk memilih bahan yang sesuai dalam pengajaran mereka. Manakala dari pihak pelajar pula, saranan yang sesuai akan diketengahkan untuk meningkatkan penguasaan mereka dalam mengguna kata pinjaman Arab dalam bahasa Melayu dengan betul dan tepat.


Download File

[img]
Preview
Text (Abstrak)
Penggunaan kata pinjaman Arab dalam bahasa Melayu dan implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab.pdf

Download (35kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Persatuan Linguistik Malaysia
Keywords: Loan words; Malay language; Arabic loan words
Depositing User: Nur Farahin Ramli
Date Deposited: 07 Oct 2013 08:41
Last Modified: 30 Sep 2019 08:38
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/24304
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item