Citation
Raja Ariffin, Raja Masittah
(2011)
Bahasa minoriti dalam masyarakat majoriti berbahasa Inggeris: rujukan khusus di Katanning, Australia.
Jurnal Bahasa Jendela Alam, 6.
pp. 804-816.
ISSN 1394-3936
Abstract
Pemerian fenomena penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan penduduk, khususnya dalam kalangan pekerja di pusat penyembelihan dan pengeluaran daging biri-biri dan di beberapa kawasan perumahan Melayu dengan menghubungkaitkan dengan kedatangan komuniti Melayu dari Pulau Kokos dan Pulau Christmas melalui penerapan kerangka teori penyebaran bahasa oleh Asmah Haji Omar (2008). Dapatan menunjukkan bahawa bahasa Melayu menjadi alat utama dalam penyampaian maklumat kepada pekerja seramai 300 orang di pusat tersebut. walaupun tinggal di negara yang berbahasa Inggeris, anggota masyarakat Melayu sebagai kumpulan minoriti di situ tetap menggunakan bahasa Melayu apabila berkomunikasi satu sama lain. Kanak-kanak diasuh agar menggemari bahasa melayu melalui nyanyian nasyid dalam bahasa Melayu, dan pelbagai aktiviti budaya serta agama diusahakan untuk kaum wanita melalui Persatuan Wanita. Dengan cara ini mereka dapat merapatkan silaturahim antara mereka.
Download File
Preview |
|
PDF (Abstrak)
Bahasa minoriti dalam masyarakat majoriti berbahasa Inggeris rujukan khusus di Katanning, Australia.pdf
Download (35kB)
| Preview
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |