Citation
Yaakob, Nor Azuwan and Mohd Kiram, Norazlina and Kamarudin, Kamariah and Zainon Hamzah, Zaitul Azma
(2011)
Kesantunan berbahasa dalam aktiviti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
Journal of Human Capital Development, 4 (1).
pp. 53-77.
ISSN 1985-7012; ESSN: 2289-8115
Abstract
Kesantunan bahasa merupakan ciri penting bangsa yang bertamadun dalam memperlihatkan ketinggian pemikirannya. Kesantunan berkait rapat dengan kebijaksanaan menyusun bahasa yang halus dan bersopan melalui luahan perasaan terutamanya dalam berkomunikasi dan berinteraksi. Dalam usaha kerajaan membentuk warganegara 1Malaysia yang berjati diri, memelihara adab dan kesopanan serta bertamadun tinggi, kesantunan berbahasa sewajarnya menjadi amalan seluruh rakyat. Dalam konteks kajian ini, sejumlah 400 orang yang terdiri daripada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mengikut empat zon (Kedah, Selangor Darul Ehsan, Kelantan dan Johor) telah dipilih sebagai responden berdasarkan kaedah persampelan rawak mudah. Dapatan kajian menunjukkan konsep kesantunan telah diaplikasikan dalam aktiviti PLKN.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |