UPM Institutional Repository

Kesan Merebus Ke Atas Kandungan Zat Sayuran Kekacang (Effect of Boiling on the Nutrient Contents of Vegetable Legumes)


Citation

Hashim, Normah and Mohsan, Latifah (1985) Kesan Merebus Ke Atas Kandungan Zat Sayuran Kekacang (Effect of Boiling on the Nutrient Contents of Vegetable Legumes). Pertanika, 8 (2). pp. 289-295.

Abstract

Kajian telah dibuat ke atas kandungan proksimat, kalsium dan Jerum di dalam empat jenis kekacang iaitu kacang botor (Psophocarpus tetragonolobus), kacang sepat (Dolichos lablab), kacang kelor (Moringa oleifera) dan kacang panjang (Vigna sinensis) sebelum dan selepas dire bus. Kalsium ditentukan dengan menggunakan "A tomic A bsorption Spectrophotometer" dan ferum dianalisis dengan menggunakan spektrofotometer. Didapati kandungan protein di dalam kacang botor ialah 2.2 g, kacang sepat 2.3 g, kacang keLor 3.9 g dan kacang panjang 3.6 g bagi tiap-tiap 100 g seLepas dire bus. Kandungan protein berkurangan dengan signifikan (P < O. 05) di daLam kacang keLor dan kacang sepat seLepas dire bus. Kandungan kalsium di daLam kacang botor selepas direbus iaLah 54.5 mg, kacang sepat 23.9 mg, kacang kelor 45.6 mg, kacang panjang 39 mg bagi setiap 100 g. Kandungan kalsium berkurangan dengan signifikan (P < 0.05) seLepas sayur kekacang terse but dire bus. Kandungan ferum bagi kacang botor selepas dire bus ialah J, 1 mg, kacang sepat 0.7 mg, kacang kelor 1.5 mg, dan kacang panjang 0.9 mg untuk setiap 100 g sampel. Kandungan ferum berkurangan dengan signifikan (P < 0.05) selepas sayur kekacang dire bus.


Download File

[img]
Preview
PDF
Kesan_Merebus_Ke_Atas_Kandungan_Zat.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Agriculture
Keywords: Kekacang; merebus; analisa proksimat; kalsium; ferum.
Depositing User: Nur Izzati Mohd Zaki
Date Deposited: 13 Nov 2009 03:39
Last Modified: 27 May 2013 07:01
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/2429
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item