UPM Institutional Repository

Meneroka sikap dan motivasi murid rendah pencapaian bahasa Melayu: satu kajian kes di FELDA


Citation

Konaen, Siti Nazurana and Abd Rahman, Fadzilah and Roslan, Samsilah (2019) Meneroka sikap dan motivasi murid rendah pencapaian bahasa Melayu: satu kajian kes di FELDA. International Journal of Education and Training, 5 (1). pp. 1-9. ISSN 2462-2079

Abstract

Murid rendah pencapaian terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di FELDA berpotensi untuk tercicir dalam pelajaran. Sehubungan dengan itu, pandangan sebenar murid rendah pencapaian Bahasa Melayu, guru, dan ibu bapa perlu diteliti dalam meneroka sikap dan motivasi yang mempengaruhi permasalahan literasi membaca. Bagi mencapai matlamat ini, satu kajian kualitatif menggunakan reka bentuk kajian kes pelbagai lokasi telah dilaksanakan menggunakan kaedah pengumpulan data temu bual, analisis dokumen dan pemerhatian. Manakala, kesahan dan kebolehpercayaan dapatan kajian pula dicapai melalui teknik triangulasi serta penyemakan semula data oleh peserta kajian. Melalui penggunaan teknik persampelan bertujuan ini, seramai lima belas peserta kajian telah dipilih. Manakala teori pembelajaran Behaviorism Bandura digunakan untuk menyokong dapatan kajian. Dapatan kajian menunjukkan faktor sikap dan motivasi seperti sikap kerajinan murid, kesyukuran atas nikmat yang diberi, minat terhadap buku akademik, tumpuan dan perhatian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran serta faktor motivasi belajar dikenal pasti menyumbang kepada permasalahan literasi membaca. Kesimpulannya, sikap dan motivasi negatif yang ditunjukkan oleh murid rendah pencapaian Bahasa Melayu menjadi faktor kepada masalah literasi membaca di FELDA. Implikasi dapatan kajian ini menjelaskan bahawa, sikap dan motivasi murid rendah pencapaian yang beranggapan mereka berada dalam zon selesa perlu diatasi agar mereka lebih berdaya saing dengan murid di sekolah lain. Selain itu, sikap dan motivasi murid yang lebih positif dalam pembelajaran dan amalan membaca perlu dipupuk sedari awal dengan mengadakan lebih banyak bengkel dan program motivasi di sekolah mahupun luar sekolah. Selain dorongan dan pemupukan minat oleh guru, ibu bapa serta komuniti setempat bagi memastikan murid di FELDA mampu menguasai literasi membaca sejak di peringkat sekolah rendah serta tidak tercicir dalam pelajaran mereka.


Download File

[img] Text (Abstrak)
Meneroka sikap dan motivasi murid rendah pencapaian bahasa Melayu satu kajian kes di FELDA.pdf

Download (37kB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Universiti Putra Malaysia Press
Keywords: Attitudes; Motivations; Reading literacy; Low achievement students; Malay language; FELDA
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 15 Apr 2020 16:21
Last Modified: 15 Apr 2020 16:21
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/22870
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item