UPM Institutional Repository

Meneroka penggunaan teknik flipped classroom dalam pengajaran kemahiran menulis


Citation

Emparan, Andrew and Said, Rozita @ Radhiah and Baki, Roselan (2019) Meneroka penggunaan teknik flipped classroom dalam pengajaran kemahiran menulis. International Journal of Education and Training, 5 (1). pp. 1-8. ISSN 2462-2079

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat pandangan guru terhadap penggunaan Teknik Flipped Classroom dalam pengajaran kemahiran menulis karangan Bahasa Melayu dengan menggunakan bentuk kajian kualitatif secara kajian kes pelbagai tempat. Tiga orang guru Bahasa Melayu telah dipilih secara rawak dalam kajian ini. Data diperolehi dengan menggunakan teknik temu bual mendalam. Pemilihan peserta kajian berdasarkan persampelan bertujuan bagi mendapatkan pemahaman mendalam dan terperinci tentang fenomena yang dikaji. Dalam kajian ini, proses mengumpul data sebenarnya adalah berjalan serentak dengan proses menganalisis data. Ini adalah untuk mengelakkan daripada berhadapan dengan masalah kehilangan beberapa maklumat penting atas kecuaian penyelidik kerana terdapat lambakan data semasa proses penganalisis data dijalankan. Setelah selesai sesi temu bual dengan responden, penyelidik mendengar semula rakaman temu bual dan ditranskripsikan dengan cukup teliti. Setelah selesai sesi transkripan data temu bual, maka penyelidik memberi salinan temu bual secara bercetak sebagai pengesahan daripada responden sebelum penulisan dapatan kajian dijalankan. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa penggunaan teknik flipped classroom ini boleh memberi kesan yang baik terhadap hasil penulisan murid. Teknik sebegini patut dilaksanakan kerana dapat membantu guru untuk melancarkan proses pengajaran dan memudahkan pemahaman murid terhadap mengarang. Namun guru harus melihat kepada keadaan dan kemampuan murid dan harus disesuaikan dengan melihat kepada aspek kecerdasan dan prestasi murid, guru, kemudahan di sekolah, kebolehaksesan murid terhadap teknologi, peranan ibubapa dan masyarakat.


Download File

[img] Text (Abstrak)
Meneroka penggunaan teknik flipped classroom dalam pengajaran kemahiran menulis.pdf

Download (35kB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Universiti Putra Malaysia Press
Keywords: Writing; Flipped classroom; Teaching; Stimulation; Intelligence; Learning; Technique
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 15 Apr 2020 16:21
Last Modified: 15 Apr 2020 16:21
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/22868
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item