Citation
Hamzah, Nor Sahayu and Zainon Hamzah, Zaitul Azma and Mohd Zin, Zaid and Che Rodi, Rozita
(2019)
Gangguan leksikel dalam pembelajaran bahasa Jepun.
Jurnal Linguistik, 23 (2).
pp. 110-122.
ISSN 1823-9242
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti gangguan leksikel yang terdapat dalam ayat bahasa Jepun yang dibina oleh pelajar yang mengambil mata pelajaran bahasa Jepun level 1, Universiti Putra Malaysia. Seterusnya kajian ini menjelaskan proses bahasa yang mempengaruhi kewujudan gangguan leksikel dalam pembinaan ayat. Kajian ini menggunakan teori Selinker (1972) & (1992) sebagai panduan dalam menganalisis faktor gangguan tersebut. Metodologi kajian menggunakan kaedah kualititif dengan mengedarkan boring soal selidik terbuka kepada respondan kumpulan 7 seramai 15 orang. Respondan terdiri daripada pelbagai fakulti dan mempelajari bahasa Jepun sebagai bahasa yang ke 3 atau ke 4 dalam sistem pendidikan masing-masing. Data kajian disokong dengan temubual dan kaedah kepustakaan. Dapatan kajian mendapati respondan membangunkan bahasa pemahaman yang tersendiri untuk menerangkan maksud leksikel bahasa sasaran. Kajian ini berkepentingan dalam dunia ahli bahasa dan akademik dalam merancang kaedah dan teknik pengajaran. Seterusnya kepada pelajar dalam usaha memperbaiki kelemahan dalam pembelajaran bahasa Jepun. Seterusnya meningkatkan penguasaan bahasa asing di peringkat Level 2 dan 3 kelak.
Download File
|
Text (Abstrak)
Gangguan leksikel dalam pembelajaran bahasa Jepun.pdf
Download (34kB)
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |