Citation
Malik, Fatin Najlaa and Hassan @ Hussin, Omrah and Zainon Hamzah, Zaitul Azma
(2019)
Perbandingan penggunaan kata sendi nama 'di' dalam lagu Gurindam Jiwa dan terjemahannya dalam bahasa Perancis.
Jurnal Linguistik, 23 (2).
pp. 51-60.
ISSN 1823-9242
Abstract
Kebiasaannya dalam pembentukan ayat bagi menunjukkan arah atau tempat, sama adadalam bahasa Melayu atau bahasa Perancis, masing-masing menggunakan kata sendi nama yang tertentu atau khusus, bergantung kepada kesesuaian ayat. Kata sendi nama ‘di’ yang digunakan dalam bahasa Melayu adalah berbeza jika dikaji dari sudut gramatikalnya dengan penggunaan à, à la, à l’atau dans dalam bahasa Perancis. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti kata sendi nama ‘di’ yang terdapat dalam lagu Gurindam Jiwa, serta menentukan bentuk kata sendi nama ‘di’ tersebut dalam ayat terjemahannya, iaitu dalam bahasa Perancis. Sampel kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah lirik lagu Gurindam Jiwa yang dipetik daripada filem Gurindam Jiwa yang popular pada tahun 1965. Dalam kajian ini, teori analisis kontrastif telah digunakan bagi membuat perbandingan dari sudut frasa sendi nama antara bahasa Melayu dan bahasa Perancis. Setiap rangkap pantun yang mengandungi kata sendi nama ‘di’ dianalisis dan dibandingkan dengan kata sendi nama dalam bahasa Perancis. Keputusan kajian mendapati penggunaan kata sendi nama ‘di’ dalam pembentukan frasa sendi nama bahasa Melayu apabila diterjemah dalam bahasa Perancis, adalah berbeza dengan penggunaan kata sendi nama dalam frasa sendi nama bahasa Perancis, dan ini disebabkan oleh peraturan tatabahasa bahasa Perancis itu sendiri. Dapatan kajian ini akan dapat membantu pelajar yang mempelajari bahasa Perancis khususnya, untuk mengenali dan memahami akan bentuk serta penggunaan kata sendi nama ‘di’ yang diterjemahkan kepada bahasa Perancis menjadi à, à l’atau à la, serta membantu mereka daripada melakukan kesilapan dalam menggunakan kata sendi nama bahasa Perancis.
Download File
|
Text (Abstrak)
Perbandingan penggunaan kata sendi nama 'di' dalam lagu Gurindam Jiwa dan terjemahannya dalam bahasa Perancis.pdf
Download (50kB)
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |