UPM Institutional Repository

Penguasaan penulisan karangan bahasa Arab dalam kalangan pelajar Melayu melalui penggunaan imitasi


Citation

Zakaria, Norfazirah and Hassan, Abd Rauf and Mustapha, Nik Farhan and Othman, Mohd Sukki (2019) Penguasaan penulisan karangan bahasa Arab dalam kalangan pelajar Melayu melalui penggunaan imitasi. Jurnal Linguistik, 23 (2). pp. 13-20. ISSN 1823-9242

Abstract

Kertas konsep ini bertujuan untuk menjelaskan penguasaan penulisan karangan bahasa Arab dalam kalangan pelajar Melayu melalui penggunaan imitasi. Kemahiran berbahasa secara umumnya terbahagi kepada empat bahagian iaitu, kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Penguasaan kemahiran menulis dalam bahasa kedua merupakan isu yang perlu diberi perhatian kerana kemahiran menulis merupakan satu kemahiran yang kompleks dan melibatkan integrasi pelbagai kemahiran (Mohd Uzaini & Muhammad Azhar, 2017). Turut dibincangkan di dalam kertas konsep ini ialah penggunaan imitasi bagi membantu pelajar Melayu menulis karangan dengan mudah. Imitasi adalah suatu proses kognitif untuk melakukan tindakan meniru atau menyalin gaya orang lain, tidak kira dari segi sikap, percakapan, penampilan serta apa jua tindakan dengan melibatkan pancaindera sebagai penerima rangsangan. Penulisan ini diharapkan dapat membantu para guru bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan membantu pelajar meningkatkan pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Arab.


Download File

[img] Text (Abstrak)
Penguasaan penulisan karangan bahasa Arab dalam kalangan pelajar Melayu melalui penggunaan imitasi.pdf

Download (35kB)
Official URL or Download Paper: https://jurnal.plm.org.my/?page_id=294

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Persatuan Linguistik Malaysia
Keywords: Writing skills; Writing essays; Malay students; Using imitation
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 05 Mar 2020 06:37
Last Modified: 05 Mar 2020 06:37
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/22703
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item