UPM Institutional Repository

Pendekatan Islam Hadhari dan persepsi belia: satu dapatan kajian


Citation

Ab. Halim, Adlina (2011) Pendekatan Islam Hadhari dan persepsi belia: satu dapatan kajian. Jurnal Hadhari, 3 (1). pp. 21-40. ISSN 1985-6830; ESSN: 2550-2271

Abstract

Artikel ini membincangkan persepsi golongan belia terhadap pendekatan Islam Hadhari. Persampelan kajian melibatkan satu ribu orang responden daripada kalangan belia berumur 19 hingga 30 tahun. Persepsi responden tentang Islam Hadhari telah diukur melalui kaedah tinjauan dengan menggunakan alat instrumen yang alfanya adalah .807-.907. Pengumpulan data menggunakan borang soal selidik yang diisi sendiri oleh responden. Persepsi responden tentang Pendekatan Islam Hadhari diukur menggunakan empat Skala Likert. Dapatan kajian menunjukkan majoriti responden mempunyai persepsi yang baik terhadap pendekatan Islam Hadhari (min=3.3114). Kajian juga menunjukkan bahawa terdapat perkaitan yang signifikan antara persepsi responden dan empat profil (umur, subjek TITAS serta tahap pendidikan ibu dan bapa responden). Seterusnya, hasil kajian mendapati persepsi responden terhadap pendekatan Islam Hadhari adalah berbeza mengikut agama, etnik, tempat tinggal dan latar belakang pendidikan bapa dan ibu responden.


Download File

[img] Text (Abstrak)
Pendekatan Islam Hadhari dan persepsi belia satu dapatan kajian.pdf

Download (47kB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Human Ecology
Publisher: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Islam Hadhari approach; Youth; Perception
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 05 Mar 2020 06:36
Last Modified: 05 Mar 2020 06:36
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/22689
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item