UPM Institutional Repository

Fenomena pengulangan penagihan dadah dalam kalangan banduan belia di Penjara Pulau Pinang


Citation

Adam Assim, Mohd Ibrani Shahrimin and Abd Latib, Mohamad Fauzi and Rosnon, Mohd Roslan (2011) Fenomena pengulangan penagihan dadah dalam kalangan banduan belia di Penjara Pulau Pinang. Malaysian Journal of Youth Studies, 4. pp. 147-165. ISSN 2180-1649

Abstract

Kajian berfokus kepada permasalahan, faktor penyumbang serta atribusi sosial berkaitan pengulangan penagihan dadah dalam kalangan banduan belia Melayu di Penjara Pulau Pinang. Responden kajian merupakan banduan belia berbangsa Melayu yang sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Pulau Pinang dan pernah mengalami pengulangan penagihan dadah. Kajian yang dilaksanakan ini akan cuba mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan responden kembali mengambil dadah semula setelah mengikuti program pemulihan di Penjara Pulau Pinang. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Seramai 10 orang belia yang merupakan banduan di Penjara Pulau Pinang dan berumur antara 21 tahun sehingga 40 tahun telah terlibat dalam kajian ini. Penemuan kajian ini mendapati antara faktor-faktor penyebab responden kembali mengambil dadah adalah ingatan responden pada dadah masih lagi kuat, hati tidak kuat untuk melawan keinginan terhadap dadah, belum wujud keinginan untuk berhenti dari mengambil dadah, sikap dan stigma masyarakat yang memandang negatif, ketiadaan pekerjaan dan wang untuk menampung kehidupan dan kembali bergaul dengan rakan-rakan yang masih lagi mengambil dadah. Cadangan program dan cadangan kajian akan datang dikemukakan berdasarkan kepada hasil penemuan dan analisis transkrip temu bual dengan responden belia penagih berulang.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Fenomena pengulangan penagihan dadah dalam kalangan banduan belia di Penjara Pulau Pinang.pdf

Download (35kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Human Ecology
Publisher: Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia
Keywords: Youth; Drug addiction relapses; Prisoners; Social work; Psychological attributes
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 23 Nov 2015 04:28
Last Modified: 23 Nov 2015 04:28
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/22634
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item