UPM Institutional Repository

Pendayaupayaan belia melalui pendekatan kerja sosial


Citation

Sabri, Bukryman and Amin, Samir Muhazzab (2011) Pendayaupayaan belia melalui pendekatan kerja sosial. Malaysian Journal of Youth Studies, 4. pp. 110-125. ISSN 2180-1649

Abstract

Kenyataan bahawa belia adalah masalah dan mangsa dalam masyarakat telah menghalang komuniti dari melihat belia sebagai warganegara yang kompeten dan boleh memberi sumbangan yang bermakna kepada kehidupan sivik (Strom, Oguinick & Singer, 1995). Apabila belia digambarkan sebegini dan tidak diberikan perhatian maka mereka melihat bahawa peranan sosial yang perlu dilaksanakan adalah kecil sahaja dan kesesuaian hubungan kehidupan mereka kepada skala sosial, politik dan ekonomi juga dipersoalkan. Walau bagaimanapun, jika komuniti melihat “belia sebagai sumber”, maka belia akan dilihat sebagai generasi muda yang kompeten dan mempunyai hak untuk mengambil bahagian dalam pembuatan keputusan yang memberi kesan kepada kehidupan mereka serta mempunyai tanggungjawab untuk berkhidmat kepada komuniti. Hancock (1994) menyatakan: “Penyertaan belia yang aktif adalah amat penting dalam menjana semula dan melestarikan kehidupan sivik dalam masyarakat. Melalui pembangunan kemahiran dalam aspek kolaborasi dan kepimpinan, dan mengaplikasikan kapasiti-kapisiti ini kepada peranan yang lebih berkesan dalam masyarakat, belia boleh memainkan peranan utama dalam menangani isu-isu sosial yang memberikan kesan kepada kehidupan mereka dan generasi masa depan.” Sari utama pandangan ini adalah agar belia membina jati diri dengan “melakukan perubahan” dengan memberikan mereka faedah-faedah nyata dan membangunkan komuniti yang lebih sihat.


Download File

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Human Ecology
Publisher: Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia
Keywords: Youths; Community; Quality of life; Social work
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 27 Jul 2015 02:10
Last Modified: 27 Jul 2015 02:10
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/22602
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item