Citation
Yaakob, Che Mann and Raya, Shariff
(1983)
Satu Kajian Awal Memproses Keledek Keping.
Pertanika, 6 (1).
pp. 17-21.
Abstract
Keledek keping telah berjaya dimajukan dengan menggunakan ubi keledek jenis Serdang 1.
Kepingan ini disediakan dari isi ubi keledek yang telah dimasak di mana 0.5% CMC, 200 bdsj NaHS03
dan 7% gula halus dicampurkan sebelum kepingan setebal 1mm dibuat. Pengeringan di dalam oven pada
tiap-tiap suhu 55°, 65° dan 75°C telah dijalankan selama 4~ jam. Keputusan-keputusan menunjukkan
suhu pengeringan mempengaruhi kandungan air (11-17%) dan seterusnya aktiviti air, aw (0.46-0.70)
kep'ingan. Nilai warna Hunter a dan b menunjukkan penggelapan yang bermakna (P<0.01) apabila suhu
ditinggikan; walaubagaimana pun, nilai L tidak bermakna (P>0.05). Nilai ketegasan Instron menunjukkan
peninggian yang bermakna (P<0.01) apabila suhu ditinggikan. Data deria untuk rasa, warna, ketegasan
dan penen'maan keseluruhan menunjukkan bahawa hasilan ini sangat diterima oleh ahli panel.
Download File
Preview |
|
PDF
Satu_Kajian_Awal_Memproses_Keledek_Keping.pdf
Download (2MB)
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |