UPM Institutional Repository

Pelajar kejuruteraan terbaik mengimpikan pemilikan kedai kopi


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2013) Pelajar kejuruteraan terbaik mengimpikan pemilikan kedai kopi. [UPM News]

Abstract

SERDANG, 8 Mei (UPM) - Ketika masih kanak-kanak, impiannya hanyalah untuk memilki sebuah kedai kopi berhampiran rumahnya di Pulau Pinang tetapi kini beliau berazam menjadi seorang jurutera kimia sepenuh masa dengan matlamat untuk menyelesaikan isu tenaga masakini. Saw Ting Yik, 23, yang mengharumkan nama Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan memenangi Pingat Emas sebagai pelajar tahun akhir kejuruteraan terbaik daripada Institut Jurutera Malaysia (IEM) akan menamatkan pengajian kejuruteraan kimianya pada Julai dan bergraduat pada Oktober tahun ini. Beliau adalah salah seorang daripada dua pelajar tahun akhir kejuruteraan yang menerima anugerah Emas IEM di satu majlis jamuan pada 20 April lalu. Seorang lagi penerima adalah pelajar wanita daripada UNIMAS. Mereka dipilih daripada kalangan semua pelajar tahun akhir kejuruteraan dari institusi pengajian tinggi awam Malaysia berdasarkan prestasi akademik dan kegiatan ko-korikulum.


Download File

[img]
Preview
PDF
Pelajar_kejuruteraan_terbaik_mengimpikan_pemilikan_kedai_kopi.pdf

Download (52kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Divisions: Universiti Putra Malaysia
Publisher: Universiti Putra Malaysia
Depositing User: Norhaliza Zainal
Date Deposited: 23 May 2013 02:42
Last Modified: 27 May 2013 08:19
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/21851
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item