Citation
Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
(2013)
Peranan baharu untuk ladang UPM, tapak ujian unggul untuk pertanian.
[UPM News]
Abstract
SERDANG, 24 April (UPM) – Kepada warga kerja dan pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM), mereka tahu apa yang anda katakan apabila anda bercakap mengenai “ladang” dalam kampus.
Tetapi kepada orang luar “ladang” adalah kawasan tanah turun-naik seluas 426 hektar (atau 1,022 ekar) iaitu Taman Pertanian Universiti (TPU) yang dikhususkan kepada pertanian dan penternakan untuk tujuan pendidikan, penyelidikan dan latihan selama lebih setengah abad.
Selama bertahun-tahun lamanya sejak zaman penjajah British sehingga sekarang, beribu-ribu graduan pertanian UPM bertungkus-lumus menimba kemahiran di ladang itu, sedang institusi ini berkembang daripada sebuah sekolah kepada sebuah institut, maktab dan kemudian sebuah universiti penyelidikan pelbagai disiplin.
Download File
Preview |
|
PDF
Peranan_baharu_untuk_ladang_UPM,_tapak_ujian_unggul_untuk_pertanian.pdf
Download (141kB)
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |