Citation
Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
(2013)
Bangku rekaan UPM boleh serikan sebarang rumah atau ruang istirahat.
[UPM News]
Abstract
SERDANG, 15 April (UPM) – Bangku panjang direka khas oleh seorang pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk taman awam bukan saja unik tetapi juga berestetika hingga mampu mentakrif semula erti sebenar berehat dan beriadah di tempat-tempat awam.
Diperbuat keseluruhannya daripada nyatoh, iaitu kayu tropika yang mahal, bangku panjang yang fleksibel dipanggil Congrex adalah rekaan Dr Ahmad Rizal Hj Abd Rahman, ketua Jabatan Rekabentuk Industri Fakulti Rekabentuk dan Seni Bina UPM.
Bangku panjang yang kukuh dengan butiran kayu yang jelas kelihatan dengan mudah menampilkan suasana hebat dan anggun kepada sebarang taman dan inilah yang mungkin mempengaruhi para juri untuk menganugerahkan Congrex dengan sebutir pingat Emas di Ekspo Teknologi Malaysia (MTE) 2012.
Download File
Preview |
|
PDF
Bangku_rekaan_UPM_boleh_serikan_sebarang_rumah_atau_ruang_istirahat.pdf
Download (65kB)
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |