Citation
Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
(2013)
Perutusan Naib Canselor-UPM Lancar ‘Pertanian Bandar’ untuk jaminan makanan.
[UPM News]
Abstract
SERDANG – Universiti Putra Malaysia (UPM) melancarkan Pertanian Bandar untuk menggalakkan penduduk bandar (urban agriculture) yang pesat berhijrah dari desa supaya menjalankan aktiviti pertanian yang moden di ruang kediaman mereka yang terhad di bandar sebagai jaminan makanan negara menjelang 2020.
Naib Canselor UPM, Prof. Datuk Dr. Mohd Fauzi Ramlan dalam perutusannya kepada kira-kira 1,000 staf dan pelajar UPM berkata serentak dengan itu, UPM akan menjadi Pusat Kecemerlangan Jaminan Makanan dalam tempoh yang terdekat sebagai peneraju dalam jaminan makanan dan pertanian bandar.
”Fokus baru UPM ini menyumbang transformasi negara Malaysia sebagai pengeluar makanan yang mandiri. Inisiatif ini tidak akan dijalankan oleh UPM secara bersendirian tetapi akan bekerjasama dan menerajui IPTA dan institusi penyelidikan berkaitan pertanian.
Download File
Preview |
|
PDF
Perutusan_Naib_Canselor-UPM_Lancar_'Pertanian_Bandar'_untuk_jaminan_makanan.pdf
Download (163kB)
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |