Citation
Hussein, Mohd Yusof and Salimi, Jamaluddin
(1982)
Penggunaan Racun Serangga secara Selektif untuk mengawal
kumbang labu, Aulacophora Foveicollis Lucas.
Pertanika, 5 (2).
pp. 207-211.
Abstract
Satu percubaan di ladang telah dijalankan di Universiti Pertanian Malaysia, Serdang untuk menilai
kesan dua cara menggunakan racun serangga bagi pengawalan kumbang labu, Aulacophora foveicollis
Lucas. Menggaul tanah dengan racun pepasir carbofuran (3% bahan aktif) dengan kadar 1.1 kg/ha atau
2.2 kg/ha menghasilkan 50% lebih rendah kerosakan pada daun yang dilakukan oleh kumbang-kumbang
dewasa 70 hari selepas percambahan berbanding dengan cara menyembor anak-benih setiap minggu dengan
carbaryl (85% W.P.). Juga, pokok-pokok labu yang hidup atas tanah yang telah dirawat dengan carbofuran
mengalami 58% (1.1 kg/ha) dan 83% (2.2 kg/ha) lebih rendah kematian pokok 70 hari selepas percambahan
dibandingkan dengan pokok-pokok yang menerima semburan carbaryl setiap minggu. Keputusan-keputusan
telah membuktikan bahawa penggunaan racun serangga secara selektif telah menghasilkan kawalan yang
lebih tinggi dan dianggap selamat kepada serangga-serangga berguna. Kesesuaian cara rawatan tanah dalam
program pengurusan perosak bersepadu bagi A. foveicollis dibincangkan.
Download File
Preview |
|
PDF
Penggunaan_Racun_Serangga_secara_Selektif_untuk_mengawal.pdf
Download (2MB)
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |