Citation
Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
(2013)
UPM mula mengorak langkah galak penduduk bandar bertani besar-besaran.
[UPM News]
Abstract
PASIR GUDANG, 17 Mac – Universiti Putra Malaysia (UPM) mula mengorak langkah bagi menggalakkan penduduk bandar bertani secara besar-besaran di bawah Program Transformasi Pertanian Bandaran yang dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin di Laman Rekreasi Sungai Buluh, Pasir Gudang, Johor, hari ini.
Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin berkata melalui program itu warga bandar turut memperolehi manfaat dan menyemarakkan semula pertanian di bandar dengan menggunakan pendekatan moden bersesuaian dengan persekitaran di rumah.
“Program ini merupakan jalinan komuniti yang dilaksanakan oleh UPM melalui nasihat serta perkongsian ilmu dari pakar UPM bersama kumpulan sasar di kawasan yang dipilih merangkumi pelbagai disiplin serta teknologi pertanian,” katanya pada majlis pelancaran Program Transformasi Pertanian Bandaran Bersama UPM di sini.
Download File
Preview |
|
PDF
UPM_mula_mengorak_langkah_galak_penduduk_bandar_bertani_besar-besaran.pdf
Download (83kB)
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |