UPM Institutional Repository

Proses Pembentukan Kontrak Perkhidmatan di Organisasi Pembuatan di Selangor, Malaysia


Citation

Yaacob, Samsudin (2006) Proses Pembentukan Kontrak Perkhidmatan di Organisasi Pembuatan di Selangor, Malaysia. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui proses pembentukan kontrak perkhidmatan di organisasi pembuatan di Selangor. Persoalan kajian ialah (i) bagaimana proses kontrak perkhidmatan dibentuk?; (ii) apakah elemen yang wujud dalam proses pembentukan kontrak perkhidmatan? dan (iii) apakah kesan daripada amalan pembentukan kontrak perkhidmatan?. Untuk menjawab persoalan kajian, pendekatan penyelidikan secara kualitatif kajian kes digunakan iaitu melalui teknik temubual, teknik pemerhatian dan tinjauan dokumen bagi memahami dan menjelaskan pengetahuan serta pengalaman Pengurus Sumber Manusia ketika melaksanakan proses pembentukan kontrak perkhidmatan. Responden kajian yang terlibat adalah enam orang Pengurus Sumber Manusia dari enam buah syarikat di Selangor. Teknik temu bual separa berstruktur digunakan dan temubual dirakam melalui pita rakaman dan ditranskripkan secara verbatim. Analisis dijalankan sebaik sahaja data dikumpulkan. Analisis terperinci dilakukan dan tema yang terhasil bagi persoalan kajian pertama ialah (i) proses membuat terma dan syarat pekerjaan; (ii) proses pindaan terma dan syarat pekerjaan (iii) proses rundingan bersama. Tema kedua bagi persoalan kajian kedua ialah (i) gaya kepimpinan, (ii) gaya komunikasi, (iii) cara motivasi dan (iv) pengaruh persekitaran. Tema ketiga bagi persoalan kajian ketiga ialah keharmonian perhubungan perusahaan. Dari sudut perkembangan teori, kajian ini telah menyumbang perkembangan ilmu dan telah menunjukkan teori perundangan, teori kepimpinan, komunikasi, motivasi dan konflik perlu diteliti secara lebih khusus berhubung aspek konteks perhubungan majikan dan pekerja kerana teori tersebut hanya menyentuh secara umum sahaja. Oleh itu kajian lanjutan yang memberi tumpuan kepada pengolahan teori adalah sesuai dengan kontrak perkhidmatan perlu diperluaskan. Kajian ini juga memberi implikasi kepada amalan tersebut supaya ia dapat diperkemaskan lagi proses pembentukan kontrak perkhidmatan oleh para majikan kerana selama ini tiada satu sistematik yang diamalkan oleh mereka. Berdasarkan kajian ini juga adalah dicadangkan para majikan harus memberi perhatian terhadap elemen-elemen berhubung dengan perundangan, kepimpinan, komunikasi, motivasi dan faktor persekitaran semasa proses pembentukan kontrak perkhidmatan dibuat serta pelaksanaannya.


Download File

[img]
Preview
PDF
FPP_2006_19_IR.pdf

Download (774kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (PhD)
Subject: Manufacturing industries - Services for - Contracting out - Selangor
Subject: Industrial management - Selangor
Call Number: FPP 2006 19
Chairman Supervisor: Profesor Hj. Azimi Hamzah, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Notes: Profesor Hj. Azimi Hamzah, PhD
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 07 Feb 2013 06:41
Last Modified: 27 May 2013 08:13
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/20852
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item