UPM Institutional Repository

Potensi gentian pisang sebagai sumber tekstil.


Citation

Awang Yusof, Kamariah Elli and Hashim, Aziah and Ahmad, Hamidah and Abdul Razak, Abdul Rahman and Mohd Salleh, Naimah (1991) Potensi gentian pisang sebagai sumber tekstil. In: Seminar Kebangsaan Menilai Pencapaian Penyelidikan IRPA Dalam Rancangan Malaysia ke-5 Sektor Perindustrian, 20-24 Dis. 1991, Universiti Utara Malaysia, Kedah. .

Abstract

Kajian ini adalah untuk mengenalpasti tanaman pisang yang berpotensi untuk dijadikan gentian sebagai sumber tekstil dan juga kaedah yang terbaik untuk menghasilkannya. Ini adalah sejajar dengan galakkan oleh kerajaan untuk memperkembangkan industri tekstil dan juga menggalakkan penanaman pisang bagi eksport buahnya. Walaupun industri tekstil di Malaysia pesat membangun, kita masih tidak mempunyai bahan mentah sendiri. Oleh itu dengan mengadakan gentian pisang dari bahan terbuang batang pisang sebagai sumber bahan mentah tekstil adalah sangat menguntungkan. Sumber gentian dari batang ini ada tetapi masih belum dieksploitasikan lagi. Di dalam kajian ini sebanyak 8 jenis pokok pisang telah dipilih. Dua kaedah telah digunakan iaitu kaedah separa mekanikal dan kaedah rendaman. Rawatan kimia digunakan bertujuan untuk mendapatkan-gentian yang lebih halus melalui 'degumming'. Ciri-ciri fizikal dan prestasi gentian-gentian ini ditentukan. Hasil penyelidikan telah menunjukkan bahawa gentian pisang yang dihasilkan menggunakan kaedah mekanikal lebih efisien. Gentian pisang amatlah berpotensi sebagai sumber bahan mentah untuk tekstil. Gentian kasar yang dihasilkan setakat ini dapat dilembutkan dan dihaluskan lagi dengan menggunakan mesin-mesin yang lebih sofistikated dari negara luar. Projek ini dianggap s iap apabila gentian yang telah kami hasilkan setakat ini dapat ditukar ke bentuk tekstil untuk pakaian.


Download File

[img] PDF
29_20121206114548.pdf

Download (571kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subject: Bananas - Malaysia
Subject: Textile crafts
Subject: Nature craft
Divisions: Faculty of Agriculture
Keywords: Banana fibers; Textile resource material; Textile industry
Depositing User: Samsida Samsudin
Date Deposited: 05 Jun 2013 08:47
Last Modified: 18 Nov 2014 09:19
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/20829
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item