UPM Institutional Repository

Kemahiran insaniah : moral dan etika profesional pelajar baharu UPM


Citation

Md. Aroff, Abdul Rahman and Mahyuddin, Rahil and Suhid, Asmawati and Abu Bakar, Kamariah (2007) Kemahiran insaniah : moral dan etika profesional pelajar baharu UPM. In: Persidangan Pengajaran dan Pembelajaran di Peringkat Pengajian Tinggi 2007, 12-14 Dis. 2007, Hotel Palace of Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor. (pp. 270-279).

Abstract

Bagi memastikan pelajar di UPM menguasai kemahiran insaniah (KI) 'Moral dan Etika Profesional' (MEP), maka maklumat tentang KI ini dalam kalangan pelajar baharu di UPM diperlukan bagi memastikan program intervensi yang sesuai dapat dilaku.kan dengan berkesan. Untuk itu, satu kajian berkaitan tetah dijalankan pada Minggu Orientasi Semester 1, 2007-08 UPM. Lebih khusus, kajian ini bertujuan meneliti sama ada terdapat perbezaan penguasaan KI MEP, dalam kalangan petajar baharu itu, berdasarkan latar belakang mereka dari segi etnik, jenis kelayakan masuk, jurusan pengajian mereka di UPM, dan penglibatan mereka dalam aktiviti kokurikulum di sekolah. Kajian ini menggunakan instrumen penaksiran Kemahiran Insaniah (KI) Awalan yang berbentuk psikometrik. Instrumen ini mengandungi 15 item berkaitan dengan subelemen 1 dan sUbelemen 2, iaitu dua subelemen MEP. Respon pelajar adalah berdasarkan tahap persetujuan mengikut skala Likert empat mata. Seramai 234 pelajar Tingkatan Enam, Kolej Matrikulasi dan Asasi Sains telah terlibat dalam kajian rintis, dan nilai indeks kebolehpercayaan instrumen bagi 15 item untuk elemen KI MEP itu ialah 0.78. Bagi kajian sebenar, jumlah 4281pelajar baharu UPM kampus Serdang Semester 1, 2007-08 telah terlibat. Dapatan menunjukkan pelajar baharu UPM berkenaan mempunyai penguasaan Kl MEP sederhana tinggi, iaitu min=3.23 bagi subelemen EM 1 dan min=3.13 bagi subelemen EM 2.


Download File

[img] PDF
ID 20816.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (913kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subject: College students - Conduct of life - Malaysia
Subject: Graduate students - Life skills guides - Malaysia.
Subject: Universities and colleges - Curricula - Malaysia
Divisions: Faculty of Educational Studies
Keywords: Soft skills; Curricula; Graduate students
Depositing User: Samsida Samsudin
Date Deposited: 05 Jun 2013 08:01
Last Modified: 26 Jan 2015 02:52
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/20816
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item