Citation
Abdul Rahman, Zaharah and Taib, Samsiah
(1980)
Jerapan Sulfat oleh Beberapa Jenis Tanah Malaysia.
Pertanika, 3 (2).
pp. 87-91.
Abstract
Satu kajian untuk menilai keupayaan beberapa tanah Malaysia untuk menjerap unsur sulfat telah
dijalankan. Empat jenis tanah dari susunan Oxisol dan Ultisol telah digunakan. Sepuluh gram tanah
telah diseimbangkan dengan larutan 0.1 M CaCl2 yang mengandungi beberapa paras sulfat selama 24 jam.
Banyaknya sulfat yang hilang dari larutan telah dikirakan sebagai sulfat terjerap. Data-data penjerapan
telah dinilaikan dengan menggunakan persamaan isoterm Langmuir. Keupayaan jerapan sulfat bagi keempat-
empat siri tanah ini telah didapati berlainan dan bertambah mengikut susunan Munchong>Bungor>
Melaka>Padang Besar. Kadar maxima penjerapan sulfat adalah 200.40 p,g S g-1 tanah bagi siri 1V1unchong,
115.61 p.g S g-1 tanah bagi siri Bungor, 107.99 p,g S g-1 tanah bagi siri Melaka dan 56.82 p,g S g-1
tanah bagi siri Padang Besar.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |