UPM Institutional Repository

Program peningkatan profesional : pemantap pegawai akademik institusi pengajian tinggi


Citation

Ahmad, Mansor and Suandi , Turiman and Abd Aziz, Sidek and Mohamad Amin, Juraidah and Bakar, Lailawati and Mohamad, Yasminani and Abdullah, Haryati (2007) Program peningkatan profesional : pemantap pegawai akademik institusi pengajian tinggi. In: Persidangan Pengajaran dan Pembelajaran di Peringkat Pengajian Tinggi 2007, 12-14 Dis. 2007, Hotel Palace of Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor. (pp. 427-435).

Abstract

Perubahan keperluan dan perkembangan dalam pasaran kerja kini menjadikan institusi pengajian tinggi sebagai organisasi penjana tenaga kerja yang dinamik. Cabaran menghasilkan tenaga kerja professional yang berkualiti perlu ditangani oleh setiap entiti dalam institusi khasnya tenaga pengajar atau pegawai akademik yang dipertanggungjawabkan secara langsung untuk membentuk, memimpin dan melahirkan graduan yang barkualiti dan berdaya saing. Pegawai akdemik institusi pengajian tinggi perlu memberi tekanan dan tumpuan dalam tiga aspeks iaitu pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan perkhidmatan profesional. Bagaimanakah pegawai akademik mampu untuk terus maju dalam menghadapi cabaran untuk mendidik generasi akan datang dan memberi sumbangan dalam penyelidikan dan perkhidmatan profesional? Pegawai Akademik Universiti Putra Malaysia telah menyahut cabaran ini dengan merangka satu pendekatan untuk menangani isu ini secara keseluruhan dan program tersebut dikenali sebagai Program Peningkatan Profesional hasil penjenamaan semula Putra SATRIA. Program pembangunan yang dirangka merupakan inisiatif bagi profesion akademik dan merangkumi ketiga-tiga aspek penting pegawai akademik universiti iaitu pembangunan dalam pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan perkhidmatan profesional. Sejumlah kursus telah disenaraikan dalam program yang ditawarkan oleh Pusat Pembangunan Akademik. KursuS dalam program ini boleh diguna pakai untuk Kursus Induksi, Penilaian Tahap Kecekapan dan pemantapan kerjaya pegawai akademik UPM. la memberikan peluang kepada pegawai akademik untuk mengikuti program yang sesuai dengan tahap setiap individu dan dikendalikan oleh tenaga pakar dalaman universiti. Program sebegini perlu dilaksana oleh semua institusi pengajian tinggi Malaysia bagi menjamin pemilikan tenaga akademik yang cukup kompeten bagi mencapai hasrat melahirkan graduan yang berkualiti dan berdaya saing.


Download File

[img] PDF
ID 20602.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (951kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Centre for Extension and Continuing Education
Faculty of Educational Studies
Keywords: Academic staff; Professional improvement program; Higher education institutions
Depositing User: Samsida Samsudin
Date Deposited: 30 May 2013 06:44
Last Modified: 18 Nov 2014 05:16
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/20602
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item