Citation
Muhammad, Zarina
(2007)
Perlaksanaan kaedah SCL dalam pengajaran dan
pembelajaran kursus Kenegaraan Malaysia di Universiti
Putra Malaysia dan kesannya ke atas pelajar dan gred
pencapaian pelajar.
In: Persidangan Pengajaran dan Pembelajaran di Peringkat Pengajian Tinggi 2007, 12-14 Dis. 2007, Hotel Palace of Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor. (pp. 286-295).
Abstract
SCL atau kaedah pembelajaran
berpusatkan pelajar adalah kaedah pengajaran
terkini yang diterapkan dan digunapakai dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di UPM.
Berbeza dengan kaedah berpusatkan pengajar,
kaedah SCL yang bersifat focus on students,
constructivism, active learning, ownership of the
experience, dan encourage students to search
and research dilihat mampu untuk
mendapatkan hasil pembelajaran sepertimana
yang disasarkan khususnya dalam
menghasilkan pelajar yang berilmu, aktif,
produktif, berkebolehan dan berketerampilan.
Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan
untuk mengenalpasti kaedah pengajaran
berasaskan SCL yang digunakan oleh
pengajar-pengajar kursus umum UPM
khususnya pengajar kursus Kenegaraan
Malaysia serta menilai keberkesanannya
melalui persepsi pelajar kursus Kenegaraan
Malaysia terhadap hasil pembelajaran dan
melalui pencapaian gred pelajar sebelum dan
selepas perlaksanaan kaedah SCL. Menerusi
kajian yang telah dijalankan didapati kaedah
SCL telah dilaksanakan di dalam pengajaran
dan pembelajaran kursus Kenegaraan Malaysia
oleh tenaga pengajar yang terlibat. Segelintir
pensyarah dikesan mempelbagaikan kaedah,
pendekatan pengajaran dan penilaian. Dapatan
kajian juga menunjukkan bahawa persepsi
pelajar kursus Kenegaraan Malaysia kesan
pengajaran dan pembelajaran berasaskan SCL
adalah postitif dan berada pada tahap yang
tinggi. Perbandingan pencapaian gred pelajar
sebelum dan selepas perlaksanaan kaedah
SCL juga menunjukkan kepelbagaian kaedah,
pendekatan pengajaran dan penilaian yang
dilaksanakan oleh pensyarah memberi kesan
positif kepada keputusan gred pelajar daripada
kaedah, pendekatan pengajaran dan penilaian
yang lazim digunakan.
Download File
Additional Metadata
Item Type: |
Conference or Workshop Item
(Paper)
|
Subject: |
Student-centered learning - Malaysia - Congresses. |
Subject: |
Curriculum-based assessment - Malaysia - Congresses.
|
Divisions: |
Faculty of Human Ecology |
Keywords: |
Student Centered Learning (SCL); Kaedah pengajaran dan pembelajaran; Kursus umum universiti; Perbandingan gred;
Kenegaraan Malaysia |
Depositing User: |
Samsida Samsudin
|
Date Deposited: |
30 May 2013 06:23 |
Last Modified: |
26 Jan 2015 04:53 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/20538 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
|
View Item |