Citation
Wan Ali, Wan Zah and Mohd Ayub, Ahmad Fauzi and Mahmud, Rosnaini and Nawawi, Mokhtar and Abdullah, Rusli
(2007)
Pembelajaran kolaboratif: bekerja sebagai "satu kumpulan" atau "bekerja dalam kumpulan"?
In: Persidangan Pengajaran dan Pembelajaran di Peringkat Pengajian Tinggi 2007, 12-14 Dis. 2007, Hotel Palace of Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor. (pp. 233-247).
Abstract
Pembelajaran kolaboratif adalah satu proses yang menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam aktiviti yang diadakan secara langsung atau secara berurutan dengan beberapa orang rakan pelajar yang lain. Pembelajaran ini menekankan kepada konsep bahawa "setiap pelajar belajar dari pelajar yang lain." Justeru, ia menggalakkan pelajar untuk menyumbang idea dan buah fikiran serta menghargai idea dan buah fikiran orang lain. Dasar pembelajaran kolaboratif ini membenarkan pelajar memegang peranan sebagai "knowledge provider" di mana pengetahuan itu dapat dikongsi dengan rakan dan pengajar agar sesuatu pengetahuan itu dapat difahami dari perspektif yang lebih luas dan mendalam. Disamping itu, pendekatan ini digunakan untuk menyelesaikan masalah dalam konteks sebenar atau konteks yang kompleks. Satu faktor yang dominan bagi kejayaan sesuatu pembelajaran kolaboratif ialah interaksi sosial antara pelajar dalam kumpulan. Interaksi sosial yang berkesan akan mewujudkan struktur afektif yang bercirikan hubungan sosial, kesepaduan sosial dan rasa tanggungjawab terhadap komuniti. Ketiga-tiga ciri ini merupakan atribut ruang sosial yang membenarkan komunikasi berlaku secara terbuka serta memanfaatkan aktiviti kolaboratif dan perkongsian maklumat penting. Kajian ini berlujuan meninjau persepsi pelajar kursus Teknologi Pendidikan di Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia terhadap interaksi sosial dalam suasana pembelajaran kolaboratif.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |