Citation
Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
(2012)
Projek Blue Pea Powder SAMT Sultan Hisamuddin juara Sains Inovasi.
[UPM News]
Abstract
SERDANG, 20 Nov – Pelajar Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin (SAMTSH), Selangor berjaya bergelar johan dengan mempertandingkan projek inovasi iaitu Bionatural Blue Pea Powder dalam Science Innovation and Invention Competition 2012 anjuran Universiti Putra Malaysia (UPM) bersama L’Oreal Malaysia.
Lima pelajar SAMTSH bergelar johan itu membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM3,000 dan trofi.
Che Azwira Che Aziz, guru penasihat bagi projek Bionatural Blue Pea Powder berkata kemenangan itu merupakan hasil kerjasama daripada ahli kumpulan yang telah membuat persedian rapi dalam menjalankan penyelidikan.
“Bionatural Blue Pea Powder adalah hasil daripada penyelidikan awal pelajar terhadap bunga talang yang telah diekstrak menjadi serbuk sebagai bahan masakan nasi kerabu dan minuman.
“Dengan kemenangan ini, kita akan buat penilaian lanjut untuk dikomersialkan,” katanya.
Download File
Preview |
|
PDF
Projek_Blue_Pea_Powder_SAMT_Sultan_Hisamuddin_juara_Sains_Inovasi.pdf
Download (57kB)
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |