UPM Institutional Repository

Kesantunan Berbahasa dalam Kalangan Remaja Sekolah Menengah


Citation

Md Adama, Mohd Nur Hafizudin (2011) Kesantunan Berbahasa dalam Kalangan Remaja Sekolah Menengah. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kesantunan berbahasa merujuk penggunaan bahasa yang halus, beradab sopan, lemah lembut, dan tidak menyinggung perasaan pendengar. Dalam hal ini, timbul persoalan tentang kesantunan berbahasa dalam kalangan masyarakat terutama remaja sekolah pada masa ini, lebih-lebih lagi apabila berlaku kejadian remaja berkelakuan dan berbahasa kasar terhadap guru mereka sendiri. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kekerapan remaja sekolah menengah kebangsaan mengamalkan kesantunan berbahasa di dalam dan di luar kelas serta menganalisis kata-kata dan ujaran santun menggunakan teori pragmatik. Kajian juga dijalankan bagi membandingkan penggunaan kata-kata dan ujaran santun dalam kalangan remaja sekolah menengah kebangsaan mengikut jantina. Dalam kajian ini, seramai 154 orang remaja sekolah menengah daripada enam buah sekolah dipilih sebagai sampel kajian. Data diperoleh melalui soal selidik dan temu bual. Teori yang digunakan dalam kajian ini ialah Prinsip Kesopanan Leech (1983). Dapatan kajian mendapati amalan kesantunan berbahasa remaja sekolah sewaktu berada di dalam kelas adalah lebih baik daripada sewaktu berada di luar kelas. Didapati juga remaja sekolah paling kerap menggunakan maksim santun dan maksim kerendahan hati dalam kebanyakan kategori. Remaja sekolah juga paling kerap menggunakan kata bantu “boleh” atau kata bahasa Inggeris “can” (boleh) di samping kata bantu “ingin”, “nak”, dan “mahu”. Remaja sekolah turut kerap menggunakan kata “maaf” atau kata bahasa Inggeris “sorry” (maaf) sebagai kata santun kepada pendengar. Didapati penggunaan ujaran “hai” dan ujaran yang terlalu berterus terang telah melanggar Prinsip Kesopanan. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan penggunaan ujaran santun antara remaja lelaki dan perempuan. Remaja lelaki didapati lebih kerap menggunakan ujaran kata bantu “boleh” dan ujaran yang lebih berterus terang. Bagi remaja perempuan pula, didapati mereka lebih kerap menggunakan ujaran “hai” dan kata sapaan “cikgu” serta ujaran maaf. Selain itu, semasa menegur kesilapan pula, didapati remaja lelaki dan perempuan menggunakan strategi berterus terang dalam ujaran yang digunakan. Didapati juga remaja perempuan lebih menonjolkan ujaran santun. Keseluruhannya, dalam kajian ini, didapati amalan kesantunan berbahasa ada diamalkan oleh remaja sekolah semasa berada di dalam kelas mahupun semasa di luar kelas. Walau bagaimanapun, amalan kesantunan berbahasa lebih menonjol semasa remaja sekolah berada di dalam kelas berbanding dengan ketika di luar kelas. Justeru, remaja sekolah seharusnya didedahkan tentang cara dan strategi yang bersesuaian untuk memelihara kesantunan berbahasa dalam suatu komunikasi yang melibatkan situasi yang berbeza serta lawan tutur yang berlainan


Download File

[img]
Preview
PDF
FBMK_2011_33_ir.pdf

Download (539kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Teenagers - Malaysia - Languages
Subject: Politeness (Linguistics)
Call Number: FBMK 2011 33
Chairman Supervisor: Zaitul Azma Zainon Hamzah, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 26 Jan 2022 04:03
Last Modified: 26 Jan 2022 04:03
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/20366
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item