Citation
R. Abdullah, Nik Mustapha
(2007)
Institusi pengajian tinggi penjana pembangunan modal insan kelas pertama.
In: Persidangan Pengajaran dan Pembelajaran di Peringkat Pengajian Tinggi 2007 (12-14 Disember 2007) hosted in Hotel Palace of Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor, 12-14 Disember 2007, Hotel Palace of Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor. (pp. 1-14).
Abstract
Kerajaan Malaysia menerusi Teras
Kedua Misi Nasional, 2006-2020 telah
menggariskan iltizam untuk meningkatkan
keupayaan pengetahuan, kreativiti dan inovasi
serta memupuk minda kelas pertama. Kejayaan
masa hadapan negara bergantung kepada
kualiti modal insan yang dimiliki, bukan sahaja
dari segi intelek tetapi juga keperibadian
warganya. Saluran utama penjanaan modal
insan, Institut Pengajian Tinggi (lPT) di negara
ini perlu memberikan perhatian khusus kerana
melaluinya akan lahir generasi muda yang
berpendidikan, berkemahiran, kreatif, inovatif,
bersikap progresif dan berfikiran kritis. Kini IPT
tempatan sedang giat mefaksanakan pelbagai
inisiatif dan usaha penambahbaikan secara
komprehensif ke atas sistem penyampaian
sistem pendidikan dan latihan. Penambahbaikan
ini bertujuan meningkatan kualiti sistem
pengajaran dan pembelajaran di peringkat
Universiti untuk melahirkan graduan yang
berkualiti dan berdaya saing. Kerajaan juga
berhasrat mewujudkan universiti bertaraf
antarabangsa dan memastikan pendidikan dan
latihan di peringkat tertiari memenuhi keperluan
majikan, di samping menyediakan lebih banyak
peluang dan akses kepada pendidikan, latihan
dan pembelajaran sepanjang hayat yang
berkualiti di semua peringkat pendidikan. Inisiatif
Hasil Pembelajaran merupakan langkah awal
yang diambil bagi menyediakan pelajar kepada
pengalaman pendidikan yang lengkap yang
dapat dimanfaatkan setelah mereka ini bergelar
graduan khususnya ketika menempuh alam
pekerjaan. Melalui inisiatif ini hasil pembelajaran
yang kritikal akan ditentukan dalam membentuk
program dan kursus. Dengan cara tersebut IPT
mampu menghasilkan pelajar yang mempunyai
kemahiran dan pengetahuan yang mantap di
samping membolehkan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran diukur melalui
pemantauan terhadap kualiti produk atau
graduan yang dilahirkan. Selain itu, IPT turut
berhasrat untuk menjana graduan yang memiliki kemahiran yang menyeluruh dan seimbang
bukan sah'aja dari sudut kualiti intelektual
bahkan juga dari segi kemahiran insaniah yang
merangkumi pelbagai aspek insani seperti sikap
dan akhlak. Kertas ini akan mengupas senario
terkini pendidikan global dan tempatan, faktor-faktor
keperluan dan kepenlingan pembangunan
modal insan minda kelas pertama. Tanggung
jawab dan peranan IPT dalam pembangunan
modal insan kelas pertama turut dihuraikan.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |