Citation
Ahmad, Mansor and Abdullah, Haryati and A. Aziz, Sidek and M. Amin, Juraidah
(2007)
Skim Book Plan memperkasakan pembelajaran berpusatkan pelajar di Universiti Putra Malaysia.
In: Persidangan Pengajaran dan Pembelajaran di Peringkat Pengajian Tinggi 2007, 12-14 Dis. 2007, Hotel Palace of Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor. (pp. 155-159).
Abstract
Matlamat pertama Universiti
Putra Malaysia (UPM) adalah untuk
melahirkan graduan yang berkualiti, berdaya
saing dan berupaya untuk terus maju
melalui pembelajaran yang berterusan (life
long learning). Bagi merealisasikan
matlamat tersebut, UPM mengambil langkah melaksanakan Program Skim Pembelian
Buku Teks (Skim Book Plan) yang
merupakan inisiatif UPM untuk
memperkasakan kaedah Pembelajaran
Berpusatkan Pelajar (Student-Centred
Learning - SCL) bermula pada Sesi
2005/2006. Di bawah skim ini, pendahuluan
sebanyak RM200.00 diberikan kepada
setiap pelajar ijazah pertama bagi program
pengajian profesional yang terpilih bagi
membeli buku rujukan dan peralatan
pembelajaran dari Kedai Buku Koperasi
UPM. Kredit ini akan terus dimasukkan ke
dalam kad matrik pelajar dan akan dipotong
apabila transaksi dibuat di Kedai Buku
Koperasi UPM. Oleh itu, pelajar dapat
membeli buku teks pada awal semester
(walaupun masih belum mendapat
penajaan). Skim ini ditawarkan kepada
pelajar semester pertama dan tiada
penambahan nilai yang akan ditawarkan
kepada pelajar. Kumpulan perintis skim ini
melibatkan seramai 1022 orang pelajar dari
5 fakulti dan 14 program pengajian terpilih.
Skim ini diteruskan pada pelajar kumpulan
kedua untuk sesi 2006/2007 seramai 901
orang. Kumpulan ketiga skim ini melibatkan
seramai 1863 dengan pertambahan dua
fakulti baharu. Oleh itu, skim ini melibatkan 7
fakulti dan 24 program pengajian
keseluruhannya. UPM akan terus
memperkemaskan skim ini agar lebih ramai
pelajar UPM dapat memperolehi kebaikan
daripada skim ini. UPM juga akan terus
berusaha untuk merealisasikan matlamat
dan memperkasakan SCL agar graduan
UPM lebih berdikari dan berdaya saing
dalam dunia yang lebih mencabar ini.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |