UPM Institutional Repository

Penilaian perkhidmatan makmal


Citation

Konting, Mohd Majid and Adam, Azura and Abdullah, Siti Norziah and Man, Nor Azirawani and Kamaruddin , Norfaryanti (2007) Penilaian perkhidmatan makmal. In: Persidangan Pengajaran dan Pembelajaran di Peringkat Pengajian Tinggi 2007, 12-14 Dis. 2007, Hotel Palace of Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor. (pp. 146-154).

Abstract

Universiti Putra Malaysia (UPM) berusaha melahirkan graduan yang berkualiti, berdaya saing dan berupaya untuk terus maju melalui pembelajaran berterusan. Usaha ini diterapkan antaranya melalui latihan amali/ praktikal di makmal yang memainkan peranan penting bagi menyokong dan memperkasakan proses pembelajaran. Bagi memastikan perkhidmatan makmal memenuhi kehendak pengguna dan seterusnya menyumbang kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, UPM dari semasa ke semasa membuat penilaian terhadap kemudahan fizikal dantahap profesionalisme pembantu makmal. Kertas ini membincangkan penggubalan instrumen penilaian perkhidmatan makmal berdasarkan dua domain perkhidmatan makmal iaitu suasana fizikal makmal dan profesionalisme staf makmal. Instrumen yang mengandungi 20 item berskala Likert 5 mata digubal oleh sekumpulan pakar dan Timbalan-timbalan Dekan serta dirintis kepada 1,754 pelajar yang menggunakan makmal di tiga fakulti pada Semester II, 2005106. Indeks kebolehpercayaan Cronbach Alpha bagi keseluruhan item dalam instrumen ini adalah 0.96 dengan suasana fizikal makmal (10 item) 0.96 dan profesionalisme staf makmal (10 item) 0.94. Dapatan kajian penilaian perkhidmatan makmal Semester II 2006/07 dibentangkan dalam kertas ini.


Download File

[img] PDF
ID 20295.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (580kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subject: Universities and colleges — Departments — Evaluation - Malaysia - Congresses.
Divisions: Centre for Extension and Continuing Education
Depositing User: Samsida Samsudin
Date Deposited: 30 May 2013 03:24
Last Modified: 21 Jan 2015 01:51
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/20295
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item