Citation
Konting, Mohd Majid and Adam, Azura and Abdullah, Siti Norziah and Man, Nor Azirawani and Kamaruddin , Norfaryanti
(2007)
Penilaian perkhidmatan makmal.
In: Persidangan Pengajaran dan Pembelajaran di Peringkat Pengajian Tinggi 2007, 12-14 Dis. 2007, Hotel Palace of Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor. (pp. 146-154).
Abstract
Universiti Putra Malaysia (UPM)
berusaha melahirkan graduan yang berkualiti,
berdaya saing dan berupaya untuk terus maju
melalui pembelajaran berterusan. Usaha ini
diterapkan antaranya melalui latihan amali/
praktikal di makmal yang memainkan peranan
penting bagi menyokong dan memperkasakan
proses pembelajaran. Bagi memastikan
perkhidmatan makmal memenuhi kehendak
pengguna dan seterusnya menyumbang
kepada keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran, UPM dari semasa ke semasa
membuat penilaian terhadap kemudahan fizikal
dantahap profesionalisme pembantu makmal.
Kertas ini membincangkan penggubalan
instrumen penilaian perkhidmatan makmal
berdasarkan dua domain perkhidmatan
makmal iaitu suasana fizikal makmal dan
profesionalisme staf makmal. Instrumen yang
mengandungi 20 item berskala Likert 5 mata
digubal oleh sekumpulan pakar dan Timbalan-timbalan
Dekan serta dirintis kepada 1,754
pelajar yang menggunakan makmal di tiga
fakulti pada Semester II, 2005106. Indeks
kebolehpercayaan Cronbach Alpha bagi
keseluruhan item dalam instrumen ini adalah
0.96 dengan suasana fizikal makmal (10 item)
0.96 dan profesionalisme staf makmal (10
item) 0.94. Dapatan kajian penilaian
perkhidmatan makmal Semester II 2006/07
dibentangkan dalam kertas ini.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |