Citation
Konting, Mohd Majid and Ahmad, Mansor and Ghozali, Nor Edrin Adlina and Abd. Salam, Muhammad Asrul and Ismail, Ikhwan
(2007)
Penilaian pelaksanaan Skim Book Plan.
In: Persidangan Pengajaran dan Pembelajaran di Peringkat Pengajian Tinggi 2007, 12-14 Dis. 2007, Hotel Palace of Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor. (pp. 127-134).
Abstract
Skim Book Plan diwujudkan di
Universiti Putra Malaysia dengan tujuan untuk
memudahkan pelajar baharu mengikuti program
pengajian seawal pada semester pertama di
universiti. Objektif utama skim ini adalah untuk
(1) menyokong pendekatan Pembelajaran
Berpusatkan Pelajar (Student-Centered learning
- SCl) yang mana pelajar terlibat secara aktif
dalam proses pengajaran dan pembelajaran, (2)
menggalakkan budaya membeli buku asli, dan
(3) menerap kesedaran, pengiktirafan dan
pemeliharaan kepentingan harla intelek para
i1muan dalam kalangan pelajar. Pelaksanaan
skim ini melibatkan pelbagai pihak sebagai
pengurus, pelaksana dan penjual buku serla
bahan pembelajaran. Skim ini telah memasuki
tahun keliga pelaksanaannya pada sesi
pengajian 2007/08. Namun belum ada kajian
yang menyeluruh bagi mengesan kepuasan
pelanggan dan keberkesanannya. Kerlas ini
membincangkan penggubalan satu soal selidik
bagi mendapatkan pandangan pelajar terhadap
pelaksanaan Skim Book Plan. Soal selidik
berskala lima (5) mata mengandungi 30 item
dengan indeks kebolehpercayaan 0.78 digubal
berdasarkan lima (5) domain skim ini iaitu
objektif skim, pengurusan skim, pelaksanaan di
peringkat koperasi, pelaksanaan di perjngkat
fakulti dan kepuasan pelanggan. Soal selidik ini
diedarkan kepada pelajar yang mengikuti skim
ini pada Semester Pertama 2007108 daripada 15
program bacelor daripada lima (5) fakulti.
Dapatan darjpada 1,211 pelajar tersebut
menunjukkan mereka agak bersetuju (min =
2.70) dengan pelaksanaan skim. Perincian
dapatan serta cadangan penambahbaikan
dibincangkan dalam kertas ini.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |