UPM Institutional Repository

Penggubalan instrumen penilaian pengajaran pensyarah di Universiti Putra Malaysia


Citation

Konting, Mohd Majid and Man, Nor Azirawani and Kamaruddin, Norfaryanti and Adam, Azura and Abdullah, Siti Norziah (2007) Penggubalan instrumen penilaian pengajaran pensyarah di Universiti Putra Malaysia. In: Persidangan Pengajaran dan Pembelajaran di Peringkat Pengajian Tinggi 2007, 12-14 Dis. 2007, Hotel Palace of Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor. (pp. 116-126).

Abstract

Bagi memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan utama iaitu pelajar, Universiti Putra Malaysia (UPM) sentiasa berusaha menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pensyarahnya. Untuk tujuan tersebut, UPM melaksanakan penilaian pengajaran pensyarah setiap semester. Bersesuaian dengan penekanan terhadap pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar, satu instrumen penilaian pengajaran pensyarah .yang baharu digubal berdasarkan pandangan pakar dan pihak berkepentingan dari semua fakulti di UPM. Kertas ini melaporkan dapatan kajian tentang kesesuaian instrumen baharu penilaian pengajaran pensyarah yang digubal berdasarkan empat domain utama pengajaran iaitu Perancangan, Penyampaian, Penaksiran dan Profesionalisme Pensyarah. Instrumen berskala Likert 5 mata yang mengandungi 20 item dan satu soalan terbuka dikaji rintis terhadap 5674 pelajar yang mengikuti 146 kursus yang dipilih sebagai sampel daripada 15 buah fakulti di UPM. Dapatan kajian menunjukkan instrumen ini mempunyai indeks kebolehpercayaan Cronbach Alpha keseluruhan 0.97, sementara indeks kebolehpercayaan bagi domain Perancangan ialah 0.81, Penyampaian 0.94, Penaksiran 0.88 dan Profesionalisme 0.91. Ciri-ciri kesesuaian instrumen bagi menilai pengajaran pensyarah dibincangkan dalam kertas ini.


Download File

[img] PDF
ID 20271.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (806kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subject: Student evaluation of teachers - Malaysia - Congresses.
Subject: Universities and colleges — Departments — Evaluation - Malaysia - Congresses.
Subject: Educational evaluation - Malaysia - Congresses.
Divisions: Centre for Extension and Continuing Education
Keywords: Educational evaluation; Student evaluation; Teaching evaluation; Lecturer
Depositing User: Samsida Samsudin
Date Deposited: 30 May 2013 02:26
Last Modified: 21 Jan 2015 01:25
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/20271
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item