Citation
Konting, Mohd Majid and Man, Nor Azirawani and Kamaruddin, Norfaryanti and Adam, Azura and Abdullah, Siti Norziah
(2007)
Penggubalan instrumen penilaian pengajaran pensyarah di Universiti Putra Malaysia.
In: Persidangan Pengajaran dan Pembelajaran di Peringkat Pengajian Tinggi 2007, 12-14 Dis. 2007, Hotel Palace of Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor. (pp. 116-126).
Abstract
Bagi memberi perkhidmatan yang
terbaik kepada pelanggan utama iaitu pelajar,
Universiti Putra Malaysia (UPM) sentiasa
berusaha menambah baik proses pengajaran
dan pembelajaran dalam kalangan
pensyarahnya. Untuk tujuan tersebut, UPM
melaksanakan penilaian pengajaran pensyarah
setiap semester. Bersesuaian dengan
penekanan terhadap pendekatan pengajaran
berpusatkan pelajar, satu instrumen penilaian
pengajaran pensyarah .yang baharu digubal
berdasarkan pandangan pakar dan pihak
berkepentingan dari semua fakulti di UPM.
Kertas ini melaporkan dapatan kajian tentang
kesesuaian instrumen baharu penilaian
pengajaran pensyarah yang digubal
berdasarkan empat domain utama pengajaran
iaitu Perancangan, Penyampaian, Penaksiran
dan Profesionalisme Pensyarah. Instrumen
berskala Likert 5 mata yang mengandungi 20
item dan satu soalan terbuka dikaji rintis
terhadap 5674 pelajar yang mengikuti 146
kursus yang dipilih sebagai sampel daripada
15 buah fakulti di UPM. Dapatan kajian
menunjukkan instrumen ini mempunyai indeks
kebolehpercayaan Cronbach Alpha
keseluruhan 0.97, sementara indeks
kebolehpercayaan bagi domain Perancangan
ialah 0.81, Penyampaian 0.94, Penaksiran
0.88 dan Profesionalisme 0.91. Ciri-ciri
kesesuaian instrumen bagi menilai pengajaran
pensyarah dibincangkan dalam kertas ini.
Download File
Additional Metadata
Item Type: |
Conference or Workshop Item
(Paper)
|
Subject: |
Student evaluation of teachers - Malaysia - Congresses. |
Subject: |
Universities and colleges — Departments — Evaluation - Malaysia - Congresses. |
Subject: |
Educational evaluation - Malaysia - Congresses. |
Divisions: |
Centre for Extension and Continuing Education |
Keywords: |
Educational evaluation; Student evaluation; Teaching evaluation; Lecturer |
Depositing User: |
Samsida Samsudin
|
Date Deposited: |
30 May 2013 02:26 |
Last Modified: |
21 Jan 2015 01:25 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/20271 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
|
View Item |