Citation
Dhamodarem, Jeyagobi
(2011)
Gaya Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar India.
PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar India hanya tertumpu waktu pengajaran dan pembelajaran formal. Kajian yang bertajuk, “Gaya pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar India”, adalah bertujuan untuk mengenal pasti pemboleh ubah lima rangsangan dan beberapa dimensi yang mempengaruhi pembelajaran bahasa Melayu. Antara objektif kajian ini ialah mengklasifikasi kategori gaya pembelajaran pelajar, dan membandingkan gaya pembelajaran bahasa Melayu antara jantina dan tingkatan. Berdasarkan teori Dunn & Dunn (1992), data yang diperoleh dianalisis berbantukan perisian komputer atur cara SPSS 18.0 (Statistical Pacakage For Social Sciences). Objektif pertama adalah mencari kekerapan. Objektif kedua ialah penggunaan Statistik Khi Kuasa Dua untuk membuktikan hipotesis dan ketiga penyelidik mengadakan kajian susulan untuk memastikan dapatan kajian sama dengan situasi pembelajaran sebenar. Hasil kajian mendapati bahawa pelajar India di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Bandar Baru Bangi, Selangor, lebih menjurus kepada motivasi ekstrinsik terhadap pembelajaran bahasa Melayu. Mereka lebih bersifat analitikal dan reflektif. Aspek persekitaran tidak banyak mempengaruhi mereka. Walau bagaimanapun, mereka lebih bersifat “kinesthetic-tectile”. Para pelajar India juga sangat mengharapkan bantuan golongan dewasa dalam mempelajari bahasa Melayu. Namun pengkaji mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina lelaki dan perempuan kecuali dalam rangsangan emosi, dimensi 2, berkaitan motivasi pemberian ganjaran. Penyelidik mendapati bahawa teori Dunn & Dunn (1992) masih relevan untuk mengenal pasti gaya pembelajaran bahasa Melayu pelajar India. Adalah dicadangkan kajian ini akan dapat membantu pelajar supaya mengetahui gaya pembelajaran bahasa Melayu mereka seterusnya mempertingkat mutu penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan mereka. Bahasa kebangsaan negara akan dapat dimartabatkan sekiranya rakyat negara ini mempraktikkan bahasa Melayu secara meluas tanpa batasan bangsa dan keturunan.
Download File
Additional Metadata
Item Type: |
Thesis
(PhD)
|
Subject: |
Malay language - Study and teaching - Indian speakers |
Subject: |
Indians - Malaysia - Language - Study and teaching |
Call Number: |
FBMK 2011 28 |
Chairman Supervisor: |
Prof. Madya Abdul Rashid bin Daing Melebek, Ph.D |
Divisions: |
Faculty of Modern Language and Communication |
Notes: |
Prof. Madya Abdul Rashid bin Daing Melebek, PhD. |
Depositing User: |
Haridan Mohd Jais
|
Date Deposited: |
08 Jan 2014 09:18 |
Last Modified: |
08 Jan 2014 09:18 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/20082 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
|
View Item |