UPM Institutional Repository

Islam Hadhari dalam kurikulum pembelajaran kursus umum universiti (TITAS dan hubungan etnik) : satu kajian di UPM


Citation

Ab. Halim, Adlina (2007) Islam Hadhari dalam kurikulum pembelajaran kursus umum universiti (TITAS dan hubungan etnik) : satu kajian di UPM. In: Persidangan Pengajaran dan Pembelajaran di Peringkat Pengajian Tinggi 2007, 12-14 Dis. 2007, Hotel Palace of Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor. (pp. 235-246).

Abstract

Islam Hadhari telah diperkenalkan oleh kerajaan sejak 2004 bertujuan untuk memberikan kefahaman yang lebih komprehensif tentang Islam kepada setiap lapisan masyarakat di Malaysia. Pendekatan Islam Hadhari ini adalah berpaksikan kepada sepuluh prinsip yang menekankan penghayalan nilai-nilai moral, etika, jasmani, spiritual dan lain-lain. Selaras dengan hasral kerajaan untuk melahirkan modal insan yang cemerlang dan gemilang, pendekatan Islam Hadhari ini juga telah diserap ke dalam kurikulum pembelajaran diperingkat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), iaitu melalui kursus TITAS dan HUbungan Etnik. Kedua-dua kursus ini merupakan antara senarai kursus-kursus umum universiti dan diwajibkan kepada seluruh pelajar di IPTA. Justeru, kertas ini bertujuan melihat senario pendekatan Islam Hadhari dalam kurikulum pembelajaran kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) dan HUbungan Etnik di UPM secara khususnya. Persampelan melibatkan satu ribu pelajar sebagai responden dan tahap kefahaman mereka tentang Islam Hadhari telah diukur melalui metod survei dengan menggunakan alat instrumen yang alphanya adalah .807 - .907. Dapatan kajian mencadangkan bahawa terdapat perkaitan yang signifikan di antara pengetahuan dan persepsi mereka tentang Islam Hadhari.


Download File

[img] PDF
ID 20080.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subject: Islam and state - Malaysia - Congresses.
Subject: Islam - Customs and practices - Malaysia - Congresses.
Subject: Universities and colleges - Curricula - Malaysia - Congresses.
Divisions: Faculty of Human Ecology
Keywords: Islam Hadhari; University curriculum; Knowledge; Perception
Depositing User: Samsida Samsudin
Date Deposited: 20 May 2013 04:11
Last Modified: 02 Jun 2020 01:06
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/20080
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item