Citation
Abstract
KUALA LUMPUR, 6 Nov. 2012 – Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berjaya meraih 6 pingat emas, 4 pingat perak dan 4 pingat gangsa di dalam BioMalaysia 2012 Conference and Exhibition yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada 5-7 November 2012. Selain memenangi pingat-pingat tersebut, UPM juga berjaya membawa pulang 3 anugerah khas, iaitu 2 anugerah bagi BioInnovation Awards dan 1 anugerah bagi MIMOS Prestigious Award. Anugerah yang disampaikan oleh Y.B. Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) itu diberikan kepada Prof. Dr. Maznah Ismail daripada Institut Biosains dengan produknya Kenaf Bio-Oil From Waste To Health and Wealth bagi anugerah BioInnovation Awards untuk kategori Biotechnology Innovation of the Year.
Download File
|
Additional Metadata
Item Type: | UPM News |
---|---|
Divisions: | Universiti Putra Malaysia |
Depositing User: | Norhaliza Zainal |
Date Deposited: | 12 Nov 2012 01:28 |
Last Modified: | 27 May 2013 08:05 |
URI: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/20066 |
Statistic Details: | View Download Statistic |
Actions (login required)
View Item |