UPM Institutional Repository

Protokol Pemikiran Verbal Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu


Citation

Abd Rahman, Zaleha (2004) Protokol Pemikiran Verbal Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Para pelajar sering menghadapi masalah pemahaman dalam bacaan sewaktu membaca bahan-bahan akademik. Masalah ini mungkin berpunca daripada masalah penggunaan strategi bacaan, kesukaran perbendaharaan kata khususnya istilah atau perkataan pinjaman, dan masalah pemprosesan leksikal. Oleh yang demikian, penyelidikan ini dijalankan untuk mengenal pasti strategi pemahaman bacaan, cara-cara pemprosesan leksikal, pemindahan positif dan penguasaan pemahaman bacaan. Dapatan kajian ini di peroleh melalui Protokol Pemikiran Verbal dan laporan lisan. Data yang dikumpulkan melalui Protokol Pemikiran Verbal dan laporan lisan ini dirakam dan ditranskripsikan, kemudian dianalisis. Kajian ini dijalankan terhadap enam orang pelajar Tingkatan 4, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Hj. Mohd. Redza, Jalan Sikamat, Seremban, dan dikelompokkan dalam dua kumpulan berdasarkan pencapaian akademik tinggi dan rendah. Satu petikan berbentuk deskriptif bertajuk, “Kaji iv Kandungan Program TV Tempatan,” digunakan sebagai teks bacaan untuk Protokol Pemikiran Verbal. Dapatan kajian ini menunjukkan strategi pemahaman bacaan yang paling kerap diaplikasikan oleh subjek ialah strategi tempatan, diikuti dengan strategi umum, kemudian strategi metakognitif. Subjek kumpulan pencapaian tinggi didapati lebih kerap menggunakan strategi umum dan strategi metakognitif, manakala subjek kumpulan pencapaian rendah pula kerap menggunakan strategi tempatan. Seterusnya, subjek kerap menggunakan teknik “pemberian makna seerti,” “diabaikan,” dan “penghuraian langsung,” sebagai teknik untuk menyelesaikan masalah perbendaharaan kata. Kajian ini juga membuktikan bahawa wujud pemindahan positif, iaitu pemindahan pengetahuan makna perbendaharaan kata bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu, melalui perkataan pinjaman bahasa Inggeris. Pemindahan positif juga dikenal pasti melalui penggunaan terjemahan, pemindahan pengetahuan makna perkataan, dan penggunaan klu daripada bahan petikan, oleh subjek ketika memproses teks bacaan. Dari segi penguasaan pemahaman, pencapaian subjek agak rendah dan dapatan ini juga membuktikan bahawa pencapaian akademik tidak menentukan penguasaan pemahaman bacaan subjek kajian. Pengkaji mencadangkan agar guru mempelbagaikan penggunaan strategi dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran, khususnya dalam pemahaman bacaan. Selain itu, pelajar juga perlu dilatih untuk menggunakan pelbagai strategi dan teknik pembelajaran bahasa


Download File

[img]
Preview
PDF
1000548942_t_FBMK_2004_17.pdf

Download (198kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Call Number: FBMK 2004 17
Chairman Supervisor: Associate Professor Dr. Noor Aina Binti Dani, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Siti Khairiah Yusof
Date Deposited: 29 Apr 2008 21:42
Last Modified: 27 May 2013 06:45
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/20
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item