Citation
Yarmo, Mohd Ambar and Alimuniar, Arisol and Abd. Ghani,, Rusli and Nik Yusoff, Nik Idris and Abd. Rahman, Mohd. Zaki
(1991)
Pengeksploitasian tindak balas metatesis olefin terhadap sumber semulajadi negara.
In: Seminar Kebangsaan Menilai Pencapaian Penyelidikan IRPA Dalam Rancangan Malaysia ke-5 Sektor Perindustrian (20-24 Disember 1991) hosted in Universiti Utara Malaysia, Kedah, 20-24 Disember 1991, Universiti Utara Malaysia, Kedah. .
Abstract
Tindak balas metatesis olefin adalah sejenis tindak balas kimia yang membolehkan
pemutUsan, pembentukan semula dan saling penukaran ikatan dubel (Olefin) pada molekul
hidrokarbon berolefin dengan adanya mangkin tertentu. Keunikan tindak balas ini
menyebabkan ianya telah dieksploitasikan dengan meluas dalam kebanyakan industri
petrokimia untuk menghasilkan bahan khusus. Contoh bahan khusus yang boleh disediakan
secara ini adalah feromon, prostaglandin, civeton, polipentenamer, polioktenamer dan lain-lain
lagi. Sumber semula jadi utama negara seperti getah asli, minyak sawit dan hasil-hasil
petroleum adalah mengandungi kumpulan olefin yang boleh dimetatesiskan untuk memperbagaikan
lagi kegunaannya.
Getah asli (cis-l,4-poliisoprena) apabila dimetatesiskan menggunakan mangkin
WC16/Me4Sn menghasilkan molekul yang lebih kompleks berdasarkan kajian spektroskopi.
Ini disebabkan getah asli mudah mengalami tindak balas pengsiklikan, degradasi, pengisomeran
dan banyak lagi selain tindak balas metatesis. Walau bagaimanapun, tindak balas
sampingan ini boleh ditiadakan secara mengubah sistem mangkin yang lain.
Kajian tindak balas metatesis ini juga telah dikembangkan dengan mengeksploitasikan
hasil-hasil tindak balas pempolimeran metatesis pempolimeran buka
gelang. Contohnya poliotenamer yang bOleh dihasilkan dan tindak balas metatesis pembuka
gelang sikloktena telab dilakukan kajian adunan dengan getab asli. Polioktenamer
dipilih kerana kehampiran sifat-sifat fizik dan kimianya dengan getah asli. Hasil pengadunan getah asli dengan polioktamer dengan nisbah 80:20 memberikan sifat fizikal yang
terbaik bagi kedua-dua polimer tersebut.
Minvak kelapa sawit jenis minyak mentah olein (CPO) apabila dimetatesiskan
menggunakan mangkin menghasilkan oelfin linear, diester tak tepu, ester tepu
dan ester tak tepu. Menurut kajian literatur, olefin linear boleh digunakan sebagai bahan-tara feromon, diester tak tepu boleh menjadi minyak pelincir atau monomer bagi poliester
tak tepu dan ester tepu serta tak tepu boleh menjadi bahan mula dalam industri kimia oleo.
Metatesis silang CPO dengan olefin lienar (l-heksana) boleh menghasilkan hasil-hasil di atas
dan molekul a-olefin. Molekul a-olefin ini adalah reaktif dan boleh diubahsuaikan seterusnya
menjadi lain- lain bahan kimia berguna. Walau bagaimanapun, peratusan hasil bahan
berguna daripada tindak balas ini masih tidak memuaskan. Kajian pengoptimuman tindak
balas ini sedang dijalankan seperti merawat CPO dengan abu sekam padi mengubah sistem
mangkin dan keadaan tindak balas. Di samping itu kajian awal tindak balas metatesis terhadap ester metil minyak sawit (disel minyak sawit) juga dijalankan untuk mengew.hui
peratusan hasil yang diperolehi berbanding dengan kaedah terdahulu itu.
Kajian memperkembangkan sistem permangkinan metatesis juga turut dikembangkan bagi mendapatkan mangkin yang lebih sesuai dan praktikal khususnya untuk tindak
balas metatesis getah asli dan minyak sawit. Mangkin baru tersebut sepatutnya mempunyai
sifat-sifat seperti tidak sensitif udara, boleh diguna kembali dan aktif. Dalam kajian ini
menunjukkan sebarian kompleks organo-renium tin (Re030SnMe3, Re03Me3) didapati
mempunyai sifat-sifat permangkinan metatesis. Walaupun sebatian ini mempunyai aktiviti
tindak balas yang rendah tetapi ianya boleh dijana kembali dan tidak sensitif udara.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |