Citation
Abdul Rahim, Nor Azlina
(2011)
Amalan Pengajaran Guru Sains Sekolah Menengah dan Keperluan Kurikulum Sebenar.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Amalan pengajaran merupakan suatu set aktiviti yang berproses kerana dalam proses pengajaran dan pembelajaran terjadi proses perubahan struktur kognitif terhadap
pengetahuan sebelumnya. Peta konsep merupakan media yang dapat menunjukkan konsep ilmu secara sistematik, sehingga dapat membentuk pengetahuan dan mempermudah pemahaman isi kandungan pelajaran atau suatu konsep dengan lebih luas. Penyelidikan bertujuan untuk mengkaji dan mengenalpasti amalan pengajaran dalam kalangan guru sains di sekolah menengah. Untuk tujuan tersebut, penyelidik cuba mengambarkan turutan pengajaran guru bagi sub topik Nutrition, seterusnya melihat kesepadanan dan keselarasan amalan pengajaran ini dengan peta konsep piawai, aspek-aspek yang tidak disampaikan dengan jelas semasa amalan pengajaran guru berbanding peta konsep piawai, cara penyampaian isi kandungan dan kefahaman guru terhadap keperluan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP). Penyelidik menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan tiga responden bertujuan dalam kalangan guru dari sekolah di sekitar Wilayah Putrajaya dan Selangor. Penyelidik menggunakan kaedah temubual, pemerhatian di dalam bilik darjah dan pemetaan peta konsep semasa proses pengajaran dan pembelajaran sebagai alat untuk mengumpulkan data. Dalam kajian ini, penyelidik telah membangunkan peta konsep piawai yang mana peta konsep piawai ini seratus peratus dibangunkan berasaskan kepada keperluan dalam Huraian Sukatan Pelajaran. Peta konsep piawai yang dibangunkan dinilai oleh empat pakar yang dilantik oleh penyelidik. Penilaian berbentuk semantik dilakukan oleh pakar
dengan memberikan skor antara 1 hingga 10. Nilai purata peratusan skor dari pakar ialah 85.7%. Kaedah triangulasi digunakan bagi tujuan analisis dan dapatan hasil
kajian. Triangulasi dilakukan bagi meningkatkan nilai kesahan dan kebolehpercayaan semasa proses analisis. Dapatan kajian ini mendapati, amalan pengajaran guru berkait
rapat dengan pengalaman, persediaan sebelum proses pengajaran, tahap pencapaian murid, persepsi terhadap buku teks serta aktiviti pengukuhan. Kajian juga mendapati
kewujudan perbezaan yang agak ketara di antara peta konsep piawai dengan peta konsep yang dirumuskan dari pengajaran guru. Hal ini dipengaruhi oleh faktor masa,tahap pencapaian murid, strategi pengajaran dan pengetahuan guru. Pengenalpastian ini melihat pengintegrasian di antara isi kandungan pelajaran dengan keperluan Huraian Sukatan Pelajaran belum tercapai sepenuhnya bagi kemahiran saintifik, kemahiran berfikir dan nilai-nilai saintifik dan nilai murni.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |