UPM Institutional Repository

Minat Kerjaya, Efikasi Kendiri Keputusan Kerjaya, Kemahiran Employabiliti dan Pilihan Kerjaya Pelajar Vokasional Pertanian di Semenanjung Malaysia


Citation

Abdul Rahim, Rohana (2010) Minat Kerjaya, Efikasi Kendiri Keputusan Kerjaya, Kemahiran Employabiliti dan Pilihan Kerjaya Pelajar Vokasional Pertanian di Semenanjung Malaysia. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Minat kerjaya, efikasi kendiri keputusan kerjaya dan kemahiran employabiliti telah dikenal pasti ada hubungan dengan pilihan kerjaya. Minat kerjaya individu perlu diketahui bagi memastikan keselarasan minat dengan jenis kerjaya yang dipilih apabila tamat belajar. Efikasi kendiri keputusan kerjaya perlu berada pada tahap yang tinggi dalam diri individu bagi memastikan keputusan kerjaya yang dibuat adalah tepat. Seterusnya individu yang memiliki tahap kemahiran employabiliti yang tinggi lebih senang mendapat pekerjaan berbanding dengan individu yang mempunyai tahap kemahiran employabiliti yang kurang. Oleh itu kajian ini dijalankan berdasarkan kepentingan semua pembolehubah yang dikaji seiring dengan matlamat pendidikan vokasional pertanian untuk menghasilkan tenaga kerja mahir berkualiti yang diperlukan dalam kerjaya di bidang pertanian. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis minat kerjaya, efikasi kendiri keputusan kerjaya, kemahiran employabiliti dan pilihan kerjaya pelajar pendidikan vokasional pertanian. Hubungan profil pelajar, jenis minat kerjaya, efikasi kendiri keputusan kerjaya, dan kemahiran employabiliti dengan pilihan kerjaya juga dikaji. Selain itu perbezaan jenis minat kerjaya, efikasi kendiri keputusan kerjaya, dan kemahiran employabiliti dikaji satu persatu berdasarkan jantina, jumlah maklumat kerjaya yang diterima, dan bidang elektif. Seterusnya kajian ini dapat mengenal pasti faktor yang paling mempengaruhi pilihan kerjaya pelajar. Kaedah tinjauan (survey) dengan menggunakan ujian minat kerjaya, inventori yang standard dan soal selidik dijalankan bagi mengumpul data kajian. Responden kajian terdiri daripada 393 pelajar yang mempelajari elektif MPV Teknotani di sekolah-sekolah menengah kebangsaan di seluruh Semenanjung Malaysia. Kaedah persampelan rawak berlapis telah digunakan untuk mendapatkan sampel kajian. Statistik deskriptif dan inferensi telah digunakan bagi menganalisis data kajian. Keputusan menunjukkan kebanyakan pelajar MPV Teknotani terdiri daripada pelajar lelaki. Majoriti pelajar telah memilih kerjaya di bidang bukan pertanian sebagai kerjaya pilihan. Pelajar MPV Teknotani didapati mempunyai jenis minat kerjaya yang pelbagai (RIASEC). Jumlah pelajar yang mempunyai tahap efikasi kendiri keputusan kerjaya yang tinggi dan sederhana adalah lebih kurang sama. Majoriti pelajar pula mempunyai tahap kemahiran employabiliti yang sederhana. Kajian ini juga mendapati tidak wujud hubungan yang signifikan di antara pilihan kerjaya dengan jantina, bidang elektif, jenis minat kerjaya, efikasi kendiri keputusan kerjaya dan kemahiran employabiliti. Bagaimanapun kekerapan menerima maklumat kerjaya didapati mempunyai hubungan yang signifikan dengan pilihan kerjaya. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam minat kerjaya Realistik dan Sosial di kalangan jantina. Terdapat juga perbezaan yang signifikan bagi minat kerjaya Realistik, Investigatif, Artistik dan Convensional terhadap bidang elektif yang dipelajari. Perbezaan yang signifikan juga didapati bagi efikasi kendiri keputusan kerjaya dan kemahiran employabiliti terhadap jumlah maklumat kerjaya yang diterima oleh pelajar. Akhirnya, pilihan kerjaya yang dibuat oleh pelajar paling dipengaruhi oleh jumlah mendapat maklumat kerjaya. Kajian ini mencadangkan supaya guru-guru, pentadbir sekolah, pegawai-pegawai kementerian pelajaran, ibu bapa serta orang awam dapat menyumbang dan memainkan peranan masing-masing untuk mempertingkatkan minat, tahap efikasi kendiri keputusan kerjaya dan tahap kemahiran employabiliti pelajar vokasional pertanian supaya pihak sekolah dapat menghasilkan tenaga kerja yang mahir dan berkualiti di bidang pertanian.


Download File

[img] PDF
FPP_2010_25_F.pdf

Download (235kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (PhD)
Subject: Employability - Peninsular Malaysia
Subject: Vocational guidance - Peninsular Malaysia
Subject: Vocational interests - Peninsular Malaysia
Call Number: FPP 2010 25
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 29 Mar 2013 08:19
Last Modified: 29 Mar 2013 08:19
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/19562
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item