Citation
Asmuni, Mohamad Nizam
(2010)
Kekuatan Mental Pemain Bola Sepak Piala Malaysia Musim 2007/2008.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap kekuatan mental dan kemahiran mental yang dimiliki oleh pemain bola sepak Malaysia dalam Kejohanan Bola Sepak Piala Malaysia Musim 2007/2008. Sampel terdiri daripada pemain bola sepak Malaysia dari sebelas pasukan yang terlibat dalam kejohanan tersebut (n=165: 15 orang pemain setiap pasukan). Instrumen yang digunakan untuk mengukur kekuatan mental ialah Psychological Performance Inventory (PPI) yang dihasilkan oleh Loehr (1986) yang menyenaraikan tujuh faktor kekuatan mental iaitu 1) keyakinan diri; 2) kawalan tenaga negatif; 3) kawalan tumpuan; 4) kawalan visual imageri; 5) motivasi; 6) kawalan tenaga negatif; dan 7) kawalan tingkah laku. Perbezaan tahap kekuatan mental antara pemain dari kumpulan umur yang berbeza, kategori pemain iaitu pemain kebangsaan dan bukan kebangsaan serta status pemain iaitu pemain profesional dan amatur diukur. Analisis ANOVA sehala dan perbandingan pelbagai Pos Hoc Tukey’s digunakan untuk menentukan perbezaan tahap kekuatan mental dengan kumpulan umur pemain. Keputusan analisis diskriptif menunjukkan bahawa tahap kekuatan mental pemain bola sepak Malaysia berada pada tahap sederhana dan lemah. Analisis ANOVA sehala mendapati perbezaan yang signifikan antara dua dimensi kekuatan mental iaitu faktor kawalan visual imageri F(3,165)=3.36, p<.05; dan kawalan tenaga positif F(3,165)=2.76, p<.05 untuk kumpulan umur yang berbeza. Namun begitu perbezaan yang tidak signifikan diperolehi pada faktor keyakinan diri, kawalan tenaga negatif, motivasi dan kawalan tingkah laku (p>.05). Hasil analisis ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan kekuatan mental di antara pemain kebangsaan dan bukan kebangsaan (p>.05). Manakala bagi status pemain juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan kekuatan mental di antara status pemain profesional dan amatur (p>.05). Secara keseluruhannya, keputusan kajian ini menunjukkan bahawa tahap kekuatan mental pemain bola sepak Malaysia adalah pada tahap yang sederhana dan rendah. Ini bermakna kekuatan mental dan kemahiran mental pemain perlu diberikan latihan dengan lebih tersusun dan terancang untuk meningkatkan semula kekuatan mental pemain bagi menghadapi perlawanan.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |