UPM Institutional Repository

Kesan Penerapan Unsur Ekopsikologi dalam Pendidikan Alam Sekitar Terhadap Guru Pelatih Institut Pendidikan Guru di Malaysia


Citation

Kamidin, Tiwi (2011) Kesan Penerapan Unsur Ekopsikologi dalam Pendidikan Alam Sekitar Terhadap Guru Pelatih Institut Pendidikan Guru di Malaysia. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Pendidikan Alam Sekitar telah dilaksanakan sejak tahun 1982 dalam kurikulum pendidikan nasional dan pada tahun 1998 di insititut pendidikan guru. Namun begitu masih terdapat banyak kajian menunjukkan walaupun kebanyakan guru bersetuju Pendidikan Alam Sekitar sangat penting tetapi tidak semestinya mereka komited dalam mengintegrasikan Pendidikan Alam Sekitar dalam subjek yang mereka ajar di sekolah malah dalam kehidupan peribadi. Selain itu, terdapat penyelidik mendapati bahawa tingkahlaku distruktif terhadap alam sekitar adalah berpunca daripada pemisahan psikologikal dan spiritual seseorang daripada alam sekitar. Justeru, terdapat keperluan untuk mengkaji aspek berkaitan dengan penyembuhan kesihatan mental melalui penyatuan psikologikal dan spiritual dengan alam sekitar. Kajian ini memberi penekanan kepada usaha pengukuhan motivasi dalaman seseorang individu melalui penerapan unsur ekopsikologi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Alam Sekitar. Kajian ini juga mengkaji impak penerapan unsur ekopsikologi terhadap sikap, nilai ekopsikologikal dan nilai spiritual dalam kalangan guru pelatih institut pendidikan guru. Kajian ini seterusnya menggunakan kaedah gabungan iaitu kaedah kuantitatif secara quasi eksperimen dan kaedah kualitatif secara temuduga dan catatan personal. Ujian-t tidak bersandar menunjukkan terdapat perbezaan dalam skor sikap terhadap alam sekitar di antara kumpulan rawatan (M=136.88, SP=11.10), dan kumpulan kawalan (M=123.81, SP=7.07; t(96.91)=7.55, p=.000) selepas penerapan unsur ekopsikologi dalam subjek Pendidikan Alam Sekitar dengan kesan saiz yang sangat besar (.61). Dapatan juga menunjukkan terdapat perbezaan dalam skor nilai ekopsikologikal di antara kumpulan rawatan (M=51.52, SP=4.87) dan kumpulan kawalan (M=45.93, SP=4.05; t(109.99)=6.69, p=.000) dengan magnitud perbezaan min juga besar (nilai eta berganda =.54). Begitu juga terdapat perbezaan dalam skor nilai spiritual di antara kumpulan rawatan (M=66.78, SP=6.13) dan kumpulan kawalan (M=60.61, SP=4.41; t(103.58)=6.19, p=.000) dengan kesan saiz yang besar (.52). Dapatan kajian juga menunjukkan pengekalan tahap sikap terhadap alam sekitar dan nilai spiritual selepas empat bulan penangguhan bagi kumpulan rawatan dengan perbezaan skor min yang besar berbanding kumpulan kawalan. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan min skor sikap terhadap alam sekitar (t=.037, p=.971) dan nilai spiritual (t=.478, p=.635) bagi kumpulan rawatan selepas empat bulan penangguhan berbanding skor ujian pasca pertama. Walaupun terdapat penurunan skor min bagi nilai ekopsikologikal untuk kumpulan rawatan namun perbezaan penurunan skor min adalah lebih besar di kalangan kumpulan kawalan. Dapatan kajian kualitatif juga menunjukkan bahawa responden percaya terdapat peningkatan sikap terhadap alam sekitar, nilai ekopsikologikal dan nilai spiritual selepas mengikuti kursus Pendidikan Alam Sekitar yang menerapkan unsur ekopsikologi. Justeru, kajian ini mencadangkan agar penerapan unsur ekopsikologi ditambah dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Alam Sekitar sedia ada bagi memantapkan lagi Pendidikan Alam Sekitar sebagai salah satu alternatif mengukuhkan motivasi dalaman bagi pembentukan sikap terhadap alam sekitar, nilai ekopsikologikal dan nilai spiritual sebagai proses penyembuhan mental terhadap alam sekitar.


Download File

[img]
Preview
PDF
FPAS_2011_5.pdf

Download (961kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (PhD)
Subject: Environmental psychology - Study and teaching (Higher) - Malaysia
Subject: Environmental education - Study and teaching (Higher) - Malaysia
Call Number: FPAS 2011 5
Chairman Supervisor: Profesor Azizi Muda, PhD
Divisions: Faculty of Environmental Studies
Depositing User: Khairil Ridzuan Khahirullah
Date Deposited: 13 Jun 2014 03:06
Last Modified: 13 Jun 2014 03:06
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/19549
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item