UPM Institutional Repository

Pendayaupayaan Usahawan India dalam Syarikat Herba di Semenanjung Malaysia


Citation

Muniandy, Ramachandran (2011) Pendayaupayaan Usahawan India dalam Syarikat Herba di Semenanjung Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini berkaitan dengan pendayaupayaan usahawan India Syarikat Elpar Herbs Sdn.Bhd. di Semenanjung Malaysia. Syarikat ini mula beroperasi sejak tahun 1984 dan telah memainkan peranan penting dalam menyemai semangat keusahawanan dalam kalangan orang India yang menceburi bidang perniagaan perubatan tradisional India. Sistem perubatan tradisional India mulai masuk ke Tanah Melayu sejak 1833 dan menjadi satu bidang perniagaan yang berdaya saing. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengupas sejarah dan perkembangan bidang perniagaan perubatan tradisional India, mengenal pasti peranan Syarikat Elpar Herbs dalam menyemai minat, mendayaupaya dan membangunkan keusahawanan India serta kesannya ke atas usahawan India di Semananjung Malaysia. Pendekatan kualitatif digunakan dalam kajian ini dengan pemilihan kaedah kajian kes mengenai peranan Syarikat Elpar Herbs yang terletak di Sungai Petani, Kedah. Dua teknik pengumpulan data digunakan, iaitu kaedah temubual mendalam dan pemerhatian tanpa ikut serta. Sepuluh orang informan telah ditemubual dalam kajian ini. Untuk proses analisis data, temubual mendalam yang dirakamkan ditranskripsi ke dalam bentuk teks. Transkripsi tersebut disusun rapi selaras dengan susunan soalan dalam panduan temubual. Dapatan kajian mendapati bahawa bidang perniagaan perubatan tradisional India di Malaysia dimulakan oleh golongan Vaidya (doktor perubatan tradisional India) yang sampai ke Tanah Melayu bersama dengan kumpulan migrasi dari Selatan India. Perniagaan tersebut mula berkembang menjadi satu bidang perniagaan yang beroperasi dalam skil besar setelah syarikat Siddha Vaidya Salai dari Palani India mula beroperasi di Malaysia dalam lingkungan tahun 1960an hingga 1970an. Bidang perniagaan ini terus berkembang maju dan mendapat satu wajah baru dalam lingkungan tahun 1980an apabila Syarikat Elpar Herbs ditubuhkan dan mengeluarkan produk perubatan tradisional bagi masyarakat India di Semenanjung Malaysia. Dapatan kajian turut mendapati Syarikat Elpar Herbs telah menjadi pendayaupaya dalam proses pembentuk usahawan India baru. Pelbagai latihan dan rancangan diberikan oleh Elpar Herbs untuk menyemai minat, mendayaupaya dan membangunkan usahawan India. Kesan pendayaupayaan Syarikat Elpar Herbs berjaya melahirkan 13 usahawan India baru di Semenanjung Malaysia. Golongan usahawan baru ini terbahagi kepada tiga kumpulan. Pertama, golongan usahawan yang mendapat produk dari pihak Elpar Herbs dan menjalankan perniagaan sendiri. Kedua, golongan usahawan yang mendapat produk dari syarikat tempatan lain dan menjalankan perniagaan sendiri. Ketiga, kumpulan usahawan yang mengimport produk dari India dan menjalankan perniagaan sendiri. Hasil kajian mendapati bahawa Syarikat Elpar Herbs telah berjaya memainkan peranannya dengan berkesan.


Download File

[img]
Preview
PDF
FEM_2011_8.pdf

Download (640kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Entrepreneurship - Peninsular Malaysia
Subject: Herb industry - Peninsular Malaysia
Subject: Tamil (Indic people) - Malaysia - Economic conditions
Call Number: FEM 2011 8
Chairman Supervisor: Sarjit Singh Darshan Singh, PhD
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 17 Apr 2014 01:50
Last Modified: 17 Apr 2014 01:50
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/19468
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item