UPM Institutional Repository

Perkaitan Antara Personaliti Pelajar dan Tingkah Laku Pengajaran Guru dengan Pencapaian Matematik Pelajar Tingkatan Empat di Kajang, Selangor, Malaysia


Citation

Razali, Roslina (2011) Perkaitan Antara Personaliti Pelajar dan Tingkah Laku Pengajaran Guru dengan Pencapaian Matematik Pelajar Tingkatan Empat di Kajang, Selangor, Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti perkaitan antara personaliti pelajar dan tingkah laku pengajaran guru dengan pencapaian Matematik. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen untuk mengumpul data dalam kajian tinjauan ini. Personaliti pelajar diukur menggunakan `Junior Eysenck Personality Inventory’ (JEPI) manakala tingkah laku pengajaran guru diukur menggunakan `Teacher Behaviour Questionnaire‘ (TBQ). Responden kajian yang terdiri daripada 335 orang pelajar tingkatan empat di Kajang, Selangor telah dipilih secara pensampelan berkelompok. Data-data dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan menggunakan kaedah Korelasi Pearson dengan bantuan SPSS versi 16.0. Dapatan deskriptif menunjukkan jenis personaliti yang utama dalam kalangan pelajar tingkatan empat adalah ekstrovert, diikuti oleh neurotik, stabil dan introvert. Personaliti ekstrovert mendominasi dalam semua kategori pencapaian Matematik, diikuti oleh personaliti neurotik. Dapatan juga menunjukkan pelajar-pelajar memberikan persepsi atau respon yang baik terhadap semua dimensi tingkah laku pengajaran guru yang terdiri daripada kemesraan guru, tingkah laku kognitif guru, bimbingan guru, maklum balas guru, dorongan guru dan kesungguhan guru. Data inferensi menunjukkan terdapat perkaitan signifikan antara pencapaian Matematik dengan aturan kelahiran pelajar (r = -.120, p ≤ .05), jumlah tahun pendidikan formal ibu (r = .375, p≤ ∙01), jumlah tahun pendidikan formal bapa (r= .421, p≤ ∙01), pendapatan keluarga (r=∙348, p≤ ∙01), kemesraan guru (r =.189, p≤ .01), tingkah laku kognitif guru (r=.172, p≤.01), bimbingan guru (r =.157, p≤ .01), maklum balas guru (r=.345, p≤.01), dorongan guru (r =.204, p .01) dan kesungguhan guru (r = .113, p ≤ .05). Sebaliknya, tidak terdapat perkaitan yang signifikan antara pencapaian Matematik pelajar dengan bilangan adik-beradik, skala personaliti ekstroversi dan skala personaliti neurotisme. Kesimpulannya, personaliti pelajar bukan faktor penentu pencapaiaan Matematik. Walau bagaimanapun, dapatan kajian menunjukkan tingkah laku pengajaran guru memberi kesan terhadap pencapaian Matematik pelajar. Justeru, implikasi dapatan kajian mencadangkan agar tingkah laku pengajaran guru yang berkesan wajar diamalkan sebagai satu strategi dalam proses P&P Matematik bagi meningkatkan pencapaian Matematik pelajar.


Download File

[img] Text
FEM_2011_7.pdf

Download (599kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Teacher-student relationships - Selangor
Subject: Personality tests - Selangor
Subject: Mathematical ability - Testing
Call Number: FEM 2011 7
Chairman Supervisor: Mariani Mansor, PhD
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Emelda Mohd Hamid
Date Deposited: 15 May 2014 02:17
Last Modified: 17 Jul 2024 08:48
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/19467
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item