UPM Institutional Repository

Implikasi Bahasa Visual dalam Permainan Ragbi


Citation

Mohd. Yusof, Mohd. Izwardi (2011) Implikasi Bahasa Visual dalam Permainan Ragbi. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk memperlihatkan kemampuan permainan komputer yang sering dianggap sebagai sesuatu aktiviti yang boleh memberi kesan negatif kepada pemain dijadikan sebagai satu aktiviti yang bermanfaat yang boleh memberi kesan positif kepada para pemain. Kajian akan menunjukkan bagaimana permainan komputer mampu membantu pemain mempelajari sesuatu kemahiran bermain sukan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti bentuk bahasa visual dalam kalangan sampel terpilih, menganalisis bahasa visual dalam kalangan kanak-kanak yang sedang bermain permainan berkomputer; dan mensintesiskan bahasa visual ke dalam permainan ragbi sebenar bagi mengetahui implikasi bahasa visual dalam permainan ragbi. Sampel kajian ini terdiri daripada 10 orang kanak-kanak berusia 12 tahun. Kajian ini menggunakan eksperimental melalui pendekatan pengubahsuaian teori dan kaedah pemerhatian melalui rakaman video permainan ragbi berkomputer dan permainan ragbi sebenar di atas padang. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kanak-kanak mampu menginterpretasi bahasa visual yang terdapat dalam permainan komputer ke dalam permainan ragbi sebenar di padang. Analisis ini dapat dilihat melalui bahasa pergerakan yang terdapat dalam permainan ragbi berkomputer, pelahiran emosi melalui mimik muka, dan kemudiannya mensintesiskan bahasa visual tersebut ke dalam permainan ragbi sebenar. Dapatan kajian telah membuktikan apabila pemain itu berada pada tahap keasyikan, seseorang itu akan melakukan gerak balas terhadap visual yang dilihat dan apabila ia dimanfaatkan, bahasa visual dalam permainan komputer dapat membantu meningkatkan pengetahuan mempelajari sesuatu kemahiran. Ini akan memberikan satu anjakan paradigma dalam dunia pendidikan negara, walaupun Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di luar negara sudah lama menggunakan permainan komputer sebagai salah satu alat dalam pembelajaran, di Malaysia kaedah ini masih baru. Bagi mengetahui cara yang betul utuk memanfaatkan keasyikan bermain komputer, faedah dalam bermain komputer merupakan perkara yang harus dikaji oleh pengkaji-pengkaji akan datang agar nilai yang negatif pada awalnya bertukar menjadi nilai yang positif.


Download File

[img]
Preview
PDF
FBMK_2011_8.pdf

Download (621kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Visual programming languages (Computer science)
Subject: Computer games
Subject: Rugby (Dice game)
Call Number: FBMK 2011 8
Chairman Supervisor: Normahdiah Bt Sheikh Said, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 16 Apr 2014 01:24
Last Modified: 16 Apr 2014 01:24
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/19423
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item