UPM Institutional Repository

Pengaruh Bahasa Melayu dalam Strategi Komunikasi Penulisan Bahasa Perancis


Citation

Abdul Halim, Hazlina (2011) Pengaruh Bahasa Melayu dalam Strategi Komunikasi Penulisan Bahasa Perancis. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini merupakan suatu analisis pengaruh bahasa Melayu dalam strategi komunikasi tulisan pelajar kemahiran bahasa Perancis sebagai bahasa asing. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat persepsi pelajar Melayu yang mengambil mata pelajaran bahasa Perancis tentang strategi komunikasi tulisan yang mereka digunakan, mengkelaskan strategi yang digunakan mengikut taksonomi komunikasi tulisan dengan mengadaptasikan kerangka teori Strategi Komunikasi Dörnyei (1995) dan menghuraikan pengaruh bahasa Melayu dalam strategi komunikasi tulisan yang digunakan. Kajian ini merupakan kajian deskriptif yang menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif dalam menganalisis data daripada soal-selidik yang terdiri dari tiga bahagian dan satu aktiviti penulisan yang berbentuk skrip dialog oleh 50 responden Melayu selepas 100 jam pembelajaran bahasa Perancis. Dapatan soal selidik secara keseluruhannya menunjukkan pelajar Melayu mempunyai persepsi yang mereka tidak kerap menggunakan strategi komunikasi tulisan dalam penulisan bahasa Perancis mereka. Namun, ia berlawanan dengan dapatan daripada aktiviti penulisan pelajar tersebut, yang mendapati strategi komunikasi banyak digunakan, dengan terdapatnya 505 daripada ayat yang dibina mengandungi keseluruhan 846 elemen strategi komunikasi. Strategi yang paling dominan adalah terjemahan literal (28%), penukaran kod (14%) dan penghuraian (13%). Daripada penelitian yang dilakukan ke atas penggunaan strategi komunikasi oleh pelajar, didapati pengaruh bahasa Melayu memainkan impak yang besar dalam strategi yang digunakan. Pengaruh tersebut dapat dikesan pada strategi komunikasi pada peringkat penggunaan artikel, kata nama, kata sifat dan preposisi. Berdasarkan penemuan strategi komunikasi tulisan ini, pengkaji telah mencadangkan beberapa saranan yang memberi impak pedagogi dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Perancis di Malaysia, kepada pihak guru, pelajar dan kementerian.


Download File

[img]
Preview
PDF
FBMK_2011_3_F.pdf

Download (707kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (PhD)
Subject: French language - Foreign elements - Malay
Subject: French language - Writing
Subject: French language - Study and teaching - Malaysia
Call Number: FBMK 2011 3
Chairman Supervisor: Normaliza Abdul Rahim, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Ms. Nida Hidayati Ghazali
Date Deposited: 19 May 2014 08:10
Last Modified: 19 May 2014 08:10
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/19418
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item