Citation
Nasir, Nora
(2010)
Amuk dalam Novel Melayu Terpilih.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ini meneroka persoalan manifestasi amuk yang diutarakan dalam novel-novel Melayu. Ini bertolak daripada pengamatan awal yang mendapati wujudnya dua pandangan yang bertentangan tentang hubungan amuk dengan masyarakat Melayu. Di satu pihak, amuk dianggap sebagai sifat asasi orang Melayu manakala di satu pihak yang lain, pandangan ini dianggap hanya bikinan kolonial Barat. Dengan permasalahan ini kajian ini memanfaatkan 5 buah novel Melayu moden bagi menganalisis manifestasi amuk dalam novel-novel yang dikaji, dan seterusnya menilai novel-novel Melayu yang dikaji, sama ada memanifestasikan amuk sebagai sifat asasi orang Melayu, atau sebaliknya. Untuk itu, kajian ini menggunapakai Pendekatan Kajian Budaya sebagai kerangka analisis yang mengiktiraf peranan karya sastera sebagai dokumen kebudayaan masyarakat yang sah (legitimate) dan berautoriti. Bagi memperkemaskan lagi analisis, kajian ini menerapkan dua model analisis sastera yang sejajar dengan Pendekatan kajian Budaya, iaitu “Model Genetik” (Genetic Structural) oleh Lucien Goldmann, dan “Model Pencerminan” (Reflection) oleh Georg Lukacs. Kedua-dua model ini menawarkan pendekatan sastera yang menangani sesebuah karya sastera seperti novel sebagai satu dokumen masyarakat melalui penelitian alat-alat penceritaan seperti watak dan perwatakan, latar, konflik, dan plot. Pendekatan kajian ini berhasil dalam mengenalpasti beberapa penemuan. Antaranya, adanya novel-novel Melayu yang memanifestasikan amuk sebagai penyakit mental, luahan emosi dan perjuangan mempertahankan tanah air daripada penjajah. Kajian ini juga mendapati amuk cenderung diperagakan sebagai satu manifestasi individu yang tiada kaitan dengan etnik dan kebudayaan tertentu. Dalam hal ini, amuk dianggap sebagai satu perlakuan yang bukan secara eksklusif melibatkan orang Melayu sahaja tetapi turut menyaksikan penglibatan orang India, Cina dan Iban sebagaimana yang digambarkan dalam novel-novel yang dikaji.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |